Mencapai Keluhuran Budi by Za'ba


Mencapai Keluhuran Budi
Title : Mencapai Keluhuran Budi
Author :
Rating :
ISBN : 9836209492
ISBN-10 : 9789836209498
Language : Malay
Format Type : Paperback
Number of Pages : 91
Publication : First published January 1, 1989

Za'ba dalam buku ini menghujahkan bahawa kebahagiaan, ketinggian dan kecemerlangan manusia perlu digarap melaui agama. Agama dapat membentuk, mendidik dan membesarkan manusia, sesuai dengan keadaan pada hari ini dan akan datang. Maka itu, sepuluh rencana Za'ba yang dikumpulkan dalam buku ini merupakan karya-karya penting dalam meningkatkan nasib bangsa Melayu di tanah airnya sendiri, di dunia dan juga akhirat.

Isi kandungan

1. Agama dan tujuannya.
2. Perlunya didatangkan agama.
3. Agama yang sebenar.
4. Mustahaknya pengetahuan agama.
5. Ibu bapa - guru yang pertama.
6. Cara-cara mendidik anak-anak.
7. Didikan di dalam urusan rumahtangga.
8. Kewajipan ibu bapa kepada anak-anak.
9. Kewajipan berjimat cermat.
10. Faedah berjimat cermat.


Mencapai Keluhuran Budi Reviews


  • Anis Rejab

    Ini pertama kali aku baca buah fikiran Za'ba. Mulanya aku ingat buku ni hanya buku lama-lama yang biasa, tanggapan aku salah. Boleh dikatakan 1001 hikmah dan nasihat Za'ba bagi dalam buku ni, satu kerugian yang besar kepada siapa-siapa yang belum jadikan buku ni sebagai senarai buku yang telah dibaca.

    Dalam buku ni Za'ba ceritakan macam mana nak capai keluhuran budi. Budi yang luhur ni takkan jadi elok bilamana yang mendidik itu mendidik secara caca marba. Zaman sekarang ramai ibu bapa muda claim mereka pandai mendidik anak, hakikatnya jadi yang sebaliknya. Aku rasa untuk bentuk keluarga yang sakinah, buku ni patut ada dalam rak-rak buku di rumah kita semua. Bahasa Za'ba guna mudah, apa yang ditulis relevan dengan zaman kini.

    Bila baca buku Za'ba ni aku terfikir, benarlah kalau apa yang kita nak sampaikan tu ikhlas, insyaallah dengan mudahnya dapat diserap oleh pembaca. Bagi aku buku ni juga bagus untuk bakal pendidik macam aku, sedikit sebanyak apa yang diberikan Za'ba boleh aku pakai bila tiba masa aku jadi pendidik nanti. Jadi misi aku seterusnya nak memburu naskhah-naskhah tulisan Za'ba dan bawa masuk dalam rumah moga dapat diserap dan diamal apa yang dicoretkan. Jomlah buru sekali!!

  • Nurul Suhadah

    Buku keempat Za'ba yang dibaca. Kebanyakan rencana dalam buku ini adalah hasil tulisan Za'ba yang disiarkan dalam majalah Qalam. Pertama kali diterbitkan dalam versi buku pada tahun 1989.

    4 rencana berkaitan agama dan kepentingannya, 4 rencana tentang tanggungjawab keibubapaan dan 2 lagi tentang jimat cermat.

    Za'ba seperti juga Hamka sangat kritis bila berbicara tentang persoalan agama. Za'ba cuba menghurai tentang Agama dan tujuannya, mengapa pentingnya agama dan kemudian pergi kepada Islam sebagai agama yang sebenar.

    Za'ba menghurai bagaimana seharusnya kita memahami agama sebagai satu peraturan hidup yang memimpin manusia dalam kehidupan dunia terhadap kelakuan baik dan jahat, salah dan betul. Sebagai persediaan untuk kehidupan di hari kemudian.

    Za'ba juga menulis tentang hakikatnya semua agama yang ada kini berasal dari agama yang sama, agama samawi yang diterima oleh semua. Tetapi kerana penyelewengan dan pelbagai tokok tambah, maka jadilah seperti sekarang. Manakala Islam ini terus bertahan antaranya adalah kerana kita punya kitab yang cukup lengkap dan asli iaitu Al-Quran. Menjadikan agama Islam ini pengikutnya boleh balik ke pangkal jalan jika tersesat tetapi agama-agama lain sudah tidak ada pangkal jalannya.

    Za'ba juga menekankan tentang peri pentingnya beragama dengan akal yang baik. Walaupun Za'ba mengakui keterbatasan akal, tetapi untuk beragama dengan baik kita tetap memerlukan akal.

    Dalam 4 rencana seterusnya, Za'ba berbicara tentang tanggungjawab keibu bapaan. Saya kira pesanan-pesanan Za'ba dalam rencana ini adalah sangat penting dan baik sekali hingga kini. Za'ba menekankan tentang penting ibu bapa jalankan tanggungjawab dahulu kepada anak sebelum menuntut hak untuk anak hormat dan menjaga mereka pula.

    Ibu bapa mesti tekankan aspek penekanan budi, buruk baik dalam pengajaran kepada anak-anak. Za'ba pesan kepada ibu-ibu seperti ini :

    "Ibu yang berpelajaran istimewa pada zaman kemajuan sekarang ini. Ibu yang celik matanya mengetahui hal-hal dunia yang lebih luas dari kelongkong dapurnya dan ceruk-ceruk keliling rumahnyadan daerah kampungnya, ibu yang mengerti perkara-perkara lebih tinggi daripada berbualkan rantai emas dan kerabu intan dan sebagainya dan lebih bertanggungjawab daripada semata-mata hendak bersolek dan meniru-niru pembawaan Barat! "

    Nah, di tahun 1920-an lagi Za'ba telah mahu golongan wanita bukan sekadar berbicara tentang dapur, rantai emas dan bersolek semata. Tetapi lebih dari itu memainkan peranan yang penting dalam pendidikan anak-anak dalam rumahtangga.

    2 rencana terakhir tentang jimat cermat yang sangat penting kita faham terutama di zaman gawat ini.

    Oh ya, bagi yang tak pernah membaca karya Za'ba, jangan hairan tentang banyaknya ayat Al-Quran dan hadis yang dipetik. Malah penguasaan Arab Za'ba juga sangatlah baik.

    Terima kasih Pendeta, dariku suri rumah yang mahu terus membaca karya-karyamu.



  • Syahiran Ramli

    Tiga topik besar dibincangkan di dalam buku ini iaitu (1) Agama dan tujuannya, (2) Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak dan (3) Kewajipan berjimat cermat dan faedahnya.

    Ramai yang beranggapan bahawa agama ini diturunkan untuk menyelamatkan kita daripada seksaan neraka dan ada pula yang untuk mencapai redha Allah. Tetapi itu bukanlah tujuan utama agama diturunkan.

    Agama diturunkan adalah bertujuan memperelokkan akhlak manusia (kemuliaan perangai), berkelakuan baik dan menjalani kehidupan yang betul. Daripada sifat terpuji inilah barulah datang keredhaan Allah dan nikmat selamat dunia akhirat (yang kerap kali disangka-sangka tujuan agama padahal bukan).

    Seperti yang disebut Za'ba bahawa kehasilan (selamat dunia akhirat) yang tersebut ini hanyalah sebagai buah daripada sempurnanya tujuan yang pertama itu, dan tiadalah akan diperoleh "buah" itu jika sekiranya perjalanan hidup di dunia tidak mementingkan akhlak yang mulia.

    Sepertimana Rasulullah s.a.w mempunyai sifat-sifat yang terpuji untuk diikuti, akhlak yang luar biasa, dan sebab utamanya Nabi s.a.w diturunkan;

    "Bahawasanya aku ini telah dibangkitkan membawa agama tidaklah kerana lain, melainkan dengan tujuan hendak menyempurnakan kemuliaan laku perangai (pada orang yang mahu mengikut aku)" (Ibnu Hanbal).

    Disebut dalam hadith yang lain juga, "Tidak ada satu benda pun neraca timbangan hari kiamat kelak yang lebih berat daripada baik laku perangai" (Abu Daud & al-Tarmizi).

  • Naim al-Kalantani

    Aku pernah mengalami dark ages; di mana aku sangat skeptic dengan agama.

    Antara persoalan yang timbul dalam benak fikiranku ialah โ€œtanpa agama, bagaimana seseorang dapat menjustifikasikan moral (kebaikan) yang dia lakukan tersebut itu betul?โ€.

    Baca Lanjut di
    http://www.naimalkalantani.com/2017/0...

  • Iza B. Aziz

    Sama seperti dua buku sebelum ini, 10 topik dalam Mencapai Keluhuran Budi juga diambil dari penulisan Za'ba semasa bersama Majalah Qalam.

    Bacaan kali ini bagi saya ialah mengembalikan semula tentang asas hidup yang beragama dan berkeluarga.

    Penulisan asal Za'ba dikekalkan dalam buku ini, jadi ada ketika saya kerap mengulangi bacaan. Namun, Za'ba gemar memberi contoh situasi dan rujukan ayat Al-Quran, hadis dan sirah.

    Ia banyak membantu saya untuk lebih memahami konteks yang ingin disampaikan.
    _____________________
    Topik paling beri kesan pada saya tentunya tentang didikan jiwa & berakal budi pada anak-anak. Bukan semata kewajipan menyedia makan & pakai. Antara pesanan Za'ba, ajarlah anak kita bercakap benar, ia merupakan satu tauladan dari Rasulullah SAW.

    โ€˜๐˜š๐˜ช๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฑ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ช, ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ค๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฑ ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข-๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ถ๐˜ณ๐˜ช.โ€™

    Begitu juga topik berjimat-cermat yang begitu sesuai dengan permasalahan masyarakat kita sekarang. Kadang kita lupa tentang amanah dengan harta kita sendiri.

    Tahukah kita dengan maksud sebenar "jimat-cermat"?
    _____________________
    Kalau nak kupas hingga nampak isi buku ini, tak wajar melalui satu hantaran disini sahaja. Banyak lagi topik yang saya nak sentuh tapi berpadalah dengan diatas sahaja.

    Jujur ia hanya buku yang serba ringkas dan pasti sudah ada buku sekarang juga menulis topik yang sama seperti Za'ba.

    Cumanya saya terkilan..sejak dulu lagi kita tak pernah berubah, kitaran yang sama sahaja dalam kehidupan ini. Bayangkan Za'ba sudah menegur hampir 60 tahun lalu.

    Hanya kita sahaja yang tak mahu.
    _____________________

  • Haryati Abd. Halim

    Buku 22/2017

    1. Buku ini himpunan 10 rencana yang pernah disiarkan dalam majalah Qalam.
    2. Pertama-tama dibincangkan tentang kepentingan kehidupan beragama.
    2. Kepantingan pendidikan anak-anak yang bermula dari rumah dan peranan ibu sebagai pendidik.
    3. Ditekankan tentang pelajaran adab dan akhlak kepada anak-anak dan mestilah dimulai dengan ibu-bapa.
    4. Dijelaskan juga tentan komsep berjimat cermat atau membelanjakan harta secara sederhana; tidak kikir, kedekut dan tidak habus dan boros. Habus perkataan langka ni. Nanti kena semak dengan kamus dewan.

  • Ahmad Abdul Rahim

    Buku 'Mencapai Keluhuran Budi' mengandung nasihat-nasihat yang bernilai buat Kaum Muslimin Melayu dalam pada ia menyerlahkan beberapa sisi intelektual sang pendeta yang sebelum ini muncul secara lintas dalam buku-bukunya yang terdahulu.

    Pesan-pesan sang pendeta adalah sederhana sahaja isinya. Beliau berbicara tentang erti beragama, pentingnya agama dalam membentuk budi pekerti insan, cara menerapkan keluhuran agama dalam peribadi anak-anak dan bab terakhir membincangkan tentang kepentingan sikap jimat-cermat. Sebagai pengagum Zaaba, aku sedikit hampa: aku mengharapkan suatu huraian akan konsep budi dalam masyarakat Melayu, penerapannya dalam akal budi Melayu serta penonjolannya dalam tataran sosial Alam Melayu. Semua itu tiada ditemukan di sini. Hatta, perkataan budi pun jarang sekali diungkap kecuali digunakan dalam bentuk yang seerti dengan akhlak (terutama dalam bab cara mendidik anak-anak). Topik budi sebagai falsafah hidup masyarakat Nusantara bolehlah dikatakan dibincangkan secara 'a priori' yakni sudah diterima takrif dan ertinya seadanya sahaja.

    Sebaliknya, yang menarik perhatian pembaca tentunyalah kepetahan Zaaba mencuplik petikan nas agama dan sastera Arab dalam kumpulan rencananya. Teks-teks itu terdapat dalam dwi-bahasa dan jika dinilai dari laras bahasanya, kemungkinan besar ia diterjemah sendiri oleh Zaaba. Jika hal itu benar, buku ini boleh dijadikan dalil betapa Zaaba merupakan seorang penuntut Bahasa Arab yang kompeten. Beberapa terjemahannya memang kelihatan canggung; yang syair menjadi prosa, yang buntat dipanjang-jelakan, yang mudah dilewahkan. Terdapat juga terjemahan yang sedikit serkap dek kerana ingin dipersetujukan intinya dengan rencana karangan. Terjemahan hadis "Agama ialah nasihat" dan beberapa nas agama dalam bab berjimat-cermat bolehlah digolongkan dalam terjemahan terkurang itu. Perlu dititipkan juga di sini bahawa laras bahasa yang digunapakai Zaaba adalah ringan dan tidak mengandungi sengat seperti karyanya yang lain, terutama karya polemikal beliau.

    Namun inti wacana yang dikemukakan Zaaba adalah asli. Aku sendiri, yang sudahpun beruntung memperoleh didikan formal bahasa Arab di tanah sendiri dan kemudian tanah Arab, masih sahaja mendapat perolehan baru melalui huraian sang pendeta terhadap beberapa ayat Quran. Kejernihan akal fikir Zaaba juga terpancar dalam beberapa warta rencananya. Sewaktu Zaaba kehilangan hujah untuk menunjukkan betapa Quran juga menekankan kewajipan ibu bapa terhadap anak-anak sepertimana Quran telah tersedia maklum menekankan kewajipan si anak terhadap orang tuanya, Zaaba menyusul dengan menggunakan daya akalnya demi membuktikan kalau wacana terkemudian (anak->ibubapa) itu sudah dibangunkan utuh oleh Quran, sudah tentu wacana terdahulu (ibubapa->anak) itulah tapaknya. Manakala sewaktu menyentuh erti beragama, wacana Zaaba tiadalah inti baharu pun. Tetapi andai ditilik apa yang telah diperkatakan oleh pujangga-pujangga pandai dan ahli fikir sepanjang peredaran zaman, apa yang dituntaskan oleh Zaaba itu bolehlah dianggap sebagai intisarinya.

    Bab berkenaan kewajipan ibu bapa ialah bab yang paling memberikan pulangan buat pembaca. Zaaba turut merakamkan beberapa senario zamannya bagaimana anak-anak di waktu itu dididik. Rupanya generasi zaman dahulu pun tiadalah segemilang yang disangka!

    p/s: Teks-teks Arab buku ini memerlukan tahkik. Apa guna dicetak semula (tahun 2015) kalau tiada sebarang usaha pemuliharaan?

  • Anita Awang

    Buku ni ada 91 mukasurat dan ada 10 buah rencana. 4 rencana awal ianya tentang agama Islam. Kenapa manusia perlunya beragama? Apa tujuan sebenar agama buat manusia? Rasullullah pernah ditanya apa ertinya agama, lalu Rasulullah menjawab Agama itu adalah nasihat. Lalu ditanya lagi Nasihat siapa? Rasulullah menjawab 'Nasihat Allah dan KitabNya dan rasulNya' Nasihat untuk kita memperbaiki tingkah laku.

    Dan juga bagaimana kitab-kitab agama dahulu diubahsuai tetapi tidak buat Quran (al-hijr:9) Dalam buku ni ia tidak menjelaskan secara terperinci tentang cubaan untuk mengubahsuai Quran. Tapi jika kalian mahu membacanya, bolehlah baca Perkhabaran Agung yang ditulis oleh Muhammad Abdullah Diraz atau buku-buku lain.

    Selain dari 4 rencana ini, Za'ba juga menulis perihal ibu-bapa mendidik anak-anak. Tidak boleh terlalu garang dan tidak boleh terlalu lembut, sebaiknya ambillah jalan pertengahan. Usai dimarah/dipukul (mengikut acuan islam bukan dera) pujuklah anak tu dan nyatakan sebab kenapa dia diperlakukan sedemikian, sekiranya dijanjikan sesuatu, tunaikanlah.

  • ูุงุฆุฒ ุงู„ุญุฒุฑูŠ

    "Mencapai keluhuran budi (1992)" - A good book to read especially for first time parents in preparing for their new born child on how to educate them with Islamic teaching. Reading this book is like a direct learning from Za'ba himself who was the prominent person in upholding Malay language.
    (Sebuah buku yang bagus untuk dibaca terutama untuk ibubapa yang baru berkahwin dalam mempersiapkan anak yang bakal lahir tentang bagaimana mendidik mereka dengan ajaran Islam. Membaca buku ini seperti belajar sendiri dari Tan Sri Pendita Za'ba yang merupakan tokoh dalam menegakkan bahasa Melayu).

  • Ilham Nordin

    Jemput baca ulasan saya di bawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ


    https://ilham-nordin.blogspot.com/202...