Title | : | 120 Malay Movies |
Author | : | |
Rating | : | |
ISBN | : | 9834484542 |
ISBN-10 | : | 9789834484545 |
Format Type | : | Hardcover |
Number of Pages | : | 432 |
Publication | : | First published July 1, 2010 |
120 Malay Movies Reviews
-
Aku suka buku ni. Buku ni buka mata aku tentang kegemilangan era filem melayu 1940-1970 dimana ada lebih kurang 300++ filem2 yang menarik diterbitkan tapi cuma 120 sahaja yang dipilih penulis untuk direbiu secara ringkas satu persatu. Evolusi jalan cerita, tema yang sering digunakan & perkara taboo yang tak mungkin dapat dihasilkan lagi pada zaman sekarang. (Taboo? Nak tau baca la)
Aku baru perasan yang selama ni aku asyik menonton karya2 Allahyarham P Ramlee sahaja sedangkan banyak lagi karya2 lain yang menarik. Seperti kisah penyebaran islam di tanah melayu iaitu ISI NERAKA (1960) & NOOR IMAN (1960) yang serius aku tak pernah dengar sebelum ini & memang dah masuk watchlist.
Apa apa pun buku ni sangat menarik untuk dihayati peminat sinema klasik melayu dari jalan Ampas ke Studio Merdeka. Pembacaan yang menyeronokkan. -
120 Wayang Melayu adalah terjemahan dari buku versi Inggeris tulisan Amir Muhammad. Walaupun terjemahan terasa agak lari sedikit, ulasan-ulasan filem Melayu dari tahun 48-71 ini cukup tajam tapi berlapis humor, kelakar. Buku ini buat saya kembali menonton filim Gelora untuk lihat kaki Sarimah dan juga beberapa filem arahan Hussain Haniff. Ada juga filem2 yang belum pernah dengar dan buat kita teringin nak tontonnya. Amirmu ialah seorang penulis yang bagus dan kalau tak kerana terjemahannya, saya dah bagi 5 bintang.
-
Amir Muhammad’s latest book has rekindled my interest in the Golden Age of Malay cinema (anything filmed before 1973). I grew up wathing mainly P. Ramlee movies (usually his comedies but some of his melodramas as well) on RTM back when Malaysia only had two channels. I taped them and re-watched them over and over until one day, I ‘grew up’ and left the VHS tapes to gather dust. This was also a point in time when I thought P. Ramlee movies and all the Malay movies of that era were of a low quality and not really worth the time of an ‘adult’ like me. Yes, the comedies were funny but they were lawak bodoh, surely. 120 Malay Movies begs to differ.
The rest of the review can be read at my blog:
120 Malay Movies by Amir Muhammad. Yes, I'm shameless. -
Amir Muhammad berjaya memberi perspektif yang segar kepada filem Melayu terutama generasi yang lahir selepas era kegemilangan filem Melayu. 120 filem disusun mengikut tarikh ianya ditayangkan dan diberikan perspektif sosial dan politik dengan mengambil kira peristiwa yang berlaku sekitar waktu pembikinannya. Rupanya banyak kritik sosial dalam filem-filem Melayu yang dapat diolah dengan baik oleh Amir Muhammad seorang pengamat sosial dan penulis yang juga seorang pembikin filem.
-
Amir Muhammad menghasilkan satu naskhah yang sangat tak ternilai! Susunan filem mengikut tahun serta terdapat rujukan dan penapisan fakta, kagumnya saya dengan kerja beliau. Perincian setiap filem, latar belakang, pendapat peribadi beliau sendiri dan penzahiran idea tentang karya-karya klasik dahulu dengan perkaitan sosial dan politik waktu berkenaan, Amir Muhammad telah menghasilkan satu karya ilmiah yang wajib dimiliki setiap warganegara Malaysia.
-
Saya suka dengan cara Amir mengaitkan filem-filem tersebut dengan latar kontemporari. saya rasa itulah yang mengikat saya untuk membaca buku ini dari awal sehingga habis. Sudut pandang beliau juga begitu menyegarkan dengan penggunaan ayat-ayat yang 'witty'.
-
i think his insight on the malay movies is funny.
this books made me bought 2 vcd of the old movies that i have not watched. -
It is nice to read a book that is full of information, historical aspects and at the same time having a good time reading it.
-
sebab buku ni, aku tahu Penarik Becha adalah filem pertama arahan P.Ramlee.
-
Cmne nak baca buku ni
-
must read!