Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan by Za'ba


Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan
Title : Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan
Author :
Rating :
ISBN : -
ISBN-10 : 9789836298768
Language : Malay
Format Type : Paperback
Number of Pages : 63
Publication : First published January 1, 2008

Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan merupakan himpunan catatan Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) yang merakamkan pengalaman dan penelitian beliau semasa melakukan lawatan ke Kedah, Perlis dan Kelantan pada tahun 1928. Catatan tersebut yang pada asalnya diterbitkan dalam Majalah Guru pada tahun 1928 hingga tahun 1929 merupakan pemerhatian Za'ba terhadap gambaran masyarakat di negeri-negeri tersebut terutamanya dari segi sosial, pendidikan dan ekonomi. Pemerhatian dan analisis beliau disertai dengan komen dan kritikan sosial, terutamanya berkaitan sikap dan tabiat masyarakat di negeri-negeri yang dilawatinya. Buku ini dipersembahakn mengikut kronologi lawatan yang dilakukan oleh Za'ba dan merangkumi huraian tentang tempat-tempat menarik dan individu yang ditemui semasa lawatannya yang bermula di Kedah, dan berakhir di Kelantan. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan penyelidk dan pengkaji bahasa terutamnya yang mengkaji aspek sosiolinguistk historis, pendidik serta pembaca umum yang berminat mengetahui tentang situasi sosial masyarakat Melayu pada tahun 1920-an.


Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan Reviews


  • Iman Danial Hakim

    Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan merupakan naskhah himpunan catatan perjalanan Pendeta Zaba ke 3 buah negeri, Kedah, Perlis dan Kelantan pada tahun 1928.

    Catatan-catatan ini pada asalnya diterbitkan secara bersiri dalam Majalah Guru pada tahun 1928 hingga 1929.

    Melihat kepada gaya persembahan buku, dapat aku simpulkan naskhah ringkas ini kepada dua. Pertama Zaba menghuraikan suasana sekeliling tempat yang dilawatinya. Kedua, Zaba juga berkongsi kisah berkenaan individu-individu yang ditemui sepanjang perjalanan.

    Sebelum membaca travelog ini, aku meletakkan harapan tinggi agar isi kandungannya kaya dengan pemerhatian kritis Zaba terhadap masyarakat 3 buah negeri, dan aku menantikan ulasan-ulasan tajam beliau terhadap kemunduran bangsa Melayu dari aspek pendidikan, ekonomi dan politik yang dilihatnya sepanjang lawatan.

    Sayang seribu kali sayang, rupanya travelog ini sangat sederhana. Ringkas. Senipis ketebalannya yang hanya 63 mukasurat.

    Pada bahagian Mukadimah, Zaba secara jujur berkata,

    "Saya mengaku siang-siang perkara yang hendak saya tuliskan di sini tidaklah banyak termasuk fikiran-fikiran dan perasaan saya, hanya akan dinyatakan sekadar pemandangan dan pendengaran..."

    Maka, kita akan sekadar menemui catatan-catatan Zaba tentang bentuk muka bumi, geografi, cara pemakaian masyarakat setempat, gaya binaan bangunan dan lain-lain hal pada pandangan aku, biasa-biasa.

    Malahan, pada bab catatan Pengembaraan Ke Kelantan, Zaba tidak langsung menyentuh perihal Kelantan. Beliau sekadar menuangkan perihal pemandangan di atas keretapi sepanjang perjalanan dari Stesen Padang Besar, melalui tanah jajahan Siam (Hadyai, Senggora, Pattani, Ligor). Antara yang disentuhnya ialah bentuk muka Melayu Siam, cara pemakaian mereka bagi lelaki dan perempuan, dan lain-lain.

    Ya, travelog ini sangat sederhana. Sebagai individu yang pernah menguliti karya hebat beliau, Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, sedikit sebanyak rasa kecewa itu terpalit pada jiwa. Tapi kita boleh bersangka baik yang Zaba sudah mengeluarkan semua isi pemikirannya pada karya-karya agungnya yang lain, dan travelog ini sekadar catatan-catatan sederhana untuk menjadi tatapan generasi akan datang.

  • Ahmad Zhafri Md Noor

    Buku ini adalah buku travelog yang ringkas oleh Zaba, seorang tokoh reformis dan bahasa di Tanah Melayu ketika itu. Dalam buku ini, selain menceritakan pengalaman beliau daripada Tanjung Malim ke Kelantan dengan menaiki kereta dan juga kereta api, beliau turut menyelitkan kritikan terhadap institusi pendidikan agama tradisional (pondok) ketika itu yang dilihat tidak mampu menjadikan seseorang yang jahil itu bertambah alimnya. Sayangnya , pada pandangan saya, buku ini seolah-olah terhenti pada pertengahan jalan kerana ia hanya menceritakan perjalanannya semasa pergi ke Kelantan dan tidak menceritakan perjalanannya Kembali semula ke Tanjong Malim.

  • Muhammad Fakhruddin

    Pendeta Zaaba dalam mengisahkan pengalaman peribadinya bercerita secara bersahaja. Begitu jua seperti yang dicatatkan dalam biografi Zaaba oleh Abdullah Hussein. Ada satu dua hal yang mengujakan beliau seperti pertemuan dengan Syeikhul Islam negeri Kedah, dialog hangat lewat malam bersama taulannya di Perlis dan pemerhatian beliau mengenai rupa dan peribadi masyarakat Siam lewat pemerhatiannya dari jendela kereta api.

  • Nazrin Afifi

    Ia merupakan antara travelog tertua yg pernah saya baca, ditulis sekitar 1928. Bacaannya sangat ringkas, tetapi cukup utk kita gambarkan kemajuan tanah Melayu dan Siam dengan ringkas pada masa Tun Mahathir berusia 3 tahun.

    Prakata yg disumbangkan oleh Prof Asmah juga penting utk ditekuni dgn analisis bahasa dan serapan kata luar ke dalam Jawi yg dibuat oleh Za'ba.

  • Aimi Sarah Abdullah

    I was expecting more,but the stories seem left hanging.
    However,I loved the author reaction when they first arrived to Hatyai.He is flabbergasted with the local dressing up.

    It is good for those who enjoy long journey via train.
    As at 2015,only the Alor Setar station retain the colonial building,else seem to be replace with new design.

    As this is my first time read Za'ba's piece,I would love to dig more to it.

    Overall,the journey he wrote not too detail but enough for one to understand how train operates last time.

  • Norziati

    Catatan perjalanan Za'ba. Tapi catatannya seperti tak habis