Keranamu Tuan Ziyad by Daisy Zahra


Keranamu Tuan Ziyad
Title : Keranamu Tuan Ziyad
Author :
Rating :
ISBN : -
ISBN-10 : 9789674063061
Language : Malay
Format Type : Paperback
Number of Pages : -
Publication : Published February 1, 2020

Gara-gara tertumpahkan air secara tidak sengaja kepada anak majikannya pada hari pertama bekerja, menyebabkan hidup Insyirah sentiasa disusahkan oleh Ziyad sejak insiden tersebut.
“Kau buta ke? Tak nampak aku lalu sini tadi? Ke kau memang tak tahu buat kerja?”
“Ss... saya minta maaf tuan.”
Marahlah macam mana pun, katalah apa sekalipun, Insyirah tetap bersabar. Perkenalannya dengan Harraz, yang bekerja sebagai pemandu membuatkan hubungan kedua mereka menjadi rapat. Adanya Harraz yang sentiasa menolongnya ketika berada di dalam kesusahan membuatkan Insyirah bersabar untuk terus bekerja di Zainal Holdings. Cinta yang mula berputik di antara mereka berdua membawa keduanya sehingga ke perancangan untuk berumah-tangga, biarpun sepupu Insyirah, Aira memandang sinis akan perkahwinan tersebut.
Kerana satu kejadian, tanggapan Ziyad yang menganggap Insyirah sebagai seterunya mulai berubah. Hati gadis itu ingin ditawan, tapi sayangnya sudah terlambat.
“Saya dah cintakan orang lain” - Insyirah.
Ziyad kecewa setelah cintanya ditolak oleh Insyirah. Dia punya segala-galanya, tapi bukan cinta Insyirah yang diingini. Satu malam, terjadinya peristiwa yang mengubah segala-galanya. Insyirah meletakkan kesalahannya itu sepenuhnya kepada Ziyad. Tidak perlu dipujuk atau dirayu.
“Manusia boleh berubah, kan?” - Ziyad
Namun, ketentuan Allah melebihi segala-galanya. Kalau dah memang jodoh, tetap takkan ke mana, biarpun sungguh dia benci lelaki itu. Segala-galanya Insyirah lakukan hanya demi Qayyim. Ziyad pula menerima kerana rasa bersalah yang masih ada.
“Dan abang memang tak boleh jadi macam Harraz pun sampai bila-bila. Syira kena terima hakikat tu. Tapi, selagi abang suami Syira, abang tetap akan jaga Syira dan Ayim sampai bila-bila. Walaupun Syira tak suka, faham?”
Adanya Tania yang menginginkan Ziyad sejak dulu. Benarkah Ziyad mencintai dirinya atau sekadar ingin menebus kesalahannya lima tahun yang lalu? Segala-galanya yang berlaku adalah kerana lelaki itu. Bolehkah perkahwinan mereka tetap terus bertahan?


Keranamu Tuan Ziyad Reviews


  • Watie Shaari

    3.5 star.

    Ini adalah novel ke2 yang aku baca daripada penulis Daisy Zahra selepas novel Orang gaji. Aku beli novel ni mase jualan pkp aritu dengan hrga rm10.

    Sejujurnya aku suka dengan gaya penulisan penulis. Bahasanya mudah. Tapi novel ini dalam kategori novel tipikal cinta melayu. Cumanya aku boleh hadam disebabkan gaya penulisan penulis itu sendiri.

    Tipikal kisah bos2 yang acah2 garang dekat pekerja dia. Dan itula yang terjadi pada Insyirah. Bekerja sebagai Tea Lady di syarikat bapa Ziyad. Pelbagai perkara yang Insyirah kena buat dek satu insiden pada hari mula2 dia bekerja. Klise apabila Ziyad jatuh hati pada Insyirah. Tapi Insyirah pula terpaut sayang pada pemandu bapa Ziyad, Harraz.

    Insyirah dan Harraz berkahwin. Ziyad kecewa sekecewanya. Tapi malang terhadap perkahwinan Insyirah dan Harraz apabila Harraz meninggal dunia akibat kemalangan yang berpunca daripada Ziyad. Apa sebabnya?

    Last2 mestila insyirah dan Ziyad bersatu. Tapi atas sebab apa?dan bagaimana insyirah boleh terima Ziyad sedangkan Ziyad punca Harraz meninggal dalam kemalangan. Well korang kena cari jawapan dalam KTZ ni.

  • W. N. Izzaty

    *ni ialah pembacaan pada 2020. tapi disebabkan mood menulis yang hilang, so sekarang baru muncul post ni*
    .

    [BOOK 91]
    🌟🌟🌟🌟
    .

    Keranamu Tuan Ziyad by Daisy Zahra.
    .

    Pertama sekali, aku rasa nak minta maaf dengan penulis sebab aku underestimate buku ni. Mula-mula dulu, aku ingatkan based on tajuk dan cover buku ni, this might be another cliche story. And yes, buku ni memang cliche. Tapi aku nampak effort penulis untuk mempelbagaikan jalan ceritanya. So, takde la sebijik sangat macam novel lain. hahha.
    .

    First half of this book, aku rasa ceritanya predictable. Kisah Insyirah yang baru first day bekerja sebagai tea lady kot, tertumpahkan air atas baju Ziyad, bos kat situ. Pastu mulalah kena maki, bla bla bla.
    .

    Tapi lama kelamaan, Ziyad tersuka pulak kat Insyirah. Sayangnya, hati Insyirah dah dimiliki oleh Harraz. Pastu Insyirah kahwin ngan Harraz. Mereka bahagia sehinggalah Harraz meninggal dunia.
    .

    Lepas tu, Ziyad muncul semula. Berjayakah Ziyad memenangi hati Insyirah?
    .

    Aku suka part Harraz ngan Insyirah kot. Rasa cam sederhana je hidup mereka. Overall, cerita ni best je.

  • Eyd1410

    KTZ juga spt kisah cinta klise yg lain. Benci, marah2 lama2 memjadi suka. Begitu juga dgn Tuan Ziyad yg selalu mencari kesalahan Syirah tanpa dia sedar yg akhirnya dia telah jatuh cinta. Namun malangnya dia terlambat mencurahkan isi hatinya kerana Syirah telah terima lamaran org lain.

    Lagi memburukkan keadaan bila Ziyad berhibur di kelab2 malam tanpa memperdulikan keluarga dan pekerjaannya. Rentetan dari itu, berlaku satu kemalangan yg menyebabkan Syirah membenci Tuan Ziyad.

    Byk hikmah yg berlaku slps kemalangan tersebut. Syirah mula menjadi kuat dan tabah. Dia juga berjaya keluar dari kemiskinan. Begitu juga dgn Ziyad yg mula insaf dan menjadi manusia yg lebih baik.

    Keranamu Tuan Ziyad bg saya sebuah cerita yg clean. Tiada dipamerkan aksi intim yg keterlaluan. Dan of coz saya sudah lama rindukan karya yg bersih sebegini. Tahniah👍

  • Cik Aufa

    Best! Bagi sy, karya2 DZ tak pernah mengecewakan. Ada pengajaran di dalam ceritanya. Yang penting macam yang dikatakan oleh review2 lain di sini, tak ada babak2 yang terlampau yang buatkan kita sendiri sebagai pembaca mungkin kadang2 malu atau muak untuk membacanya. Setuju dengan komen di sini yang naskah ni clean! Ada scene2 mesra tu tapi penulis bijak untuk tak memaparkan secara keterlaluan.

    Naskah ni juga menunjukkan kekuatan seorang wanita. Bagaimanana dia bangun selepas menghadapi pelbagai ujian. Saya suka! Ada pengajaran, nilai kasih sayang dan pengorbanan. Untuk yang mencari naskah yang ada terselitnya nilai2 cinta dan kekeluargaan, mungkin boleh cuba naskah ni. Untuk yang mencari naskah yang ada babak2 yang terlebih hot, ni bukan untuk anda ;-)

  • Qamarina

    Ceritanya mengenai ziyad dan insyirah yang kisah percintaan mereka dimulakan dgn pergaduhan dan akhirnya bahagia.. suami insyirah meninggal disebabkan ziyad... n how ziyad strt to be responsible to insyirah n her kid towards the end.. cinta dh mmg ada so tk susah nk lahirkan perasaan tu me lalui perbuatan.. cerita yg ringan n tk banyak konflik.. good job and thumbs up for the writer.. 👍👍👍🙂🙂🙂🙂

  • Miss A

    Best! Suka dengan cara penulisan penulis ni. Ada part yg menyentuh hati, ada part yang kelakar. Tak perlu babak2 yang terover intim sprti yg terdapat dalam sesetengah novel yg lain yg hanya membuatkan terasa mual bila membacanya. Ada pengajaran di akhir cerita ni. Worth it!

  • Ynah Smdg

    Intro.. Asal bos meradang.. Suruh buat kopi, roti bakar.. Plot cerita boleh agak jadinya pembacaan macam scanner.

  • Lailee Dee

    * nak letgo novel ni RM10 include postage... berminat bolehla PM

    Sebuah naskhah santai tetapi tetap mampu menyentuh jiwa. Siapa sangka disebalik kedukaan & keperitan hidup akan ada cahaya yang bakal mewarnai kelak. Insyirah & Harraz cinta suci mereka memang menyentuh jiwa. Dapat rasa betapa mereka berdua saling menyintai. Ziyad..walaupun pernah menyakiti tetapi akhirnya dia juga memiliki cinta yang didambanya.