Janjikan Aku Bahagia by Daisy Zahra


Janjikan Aku Bahagia
Title : Janjikan Aku Bahagia
Author :
Rating :
ISBN : -
ISBN-10 : 9789671675939
Language : Malay
Format Type : Paperback
Number of Pages : 539
Publication : First published February 12, 2019

Nadira tidak pernah menyangka, rumah tangga yang dibina bersama-sama dengan Khairy atas nama cinta, akhirnya roboh begitu saja.

“Abang tetap dengan keputusan abang nak ambik dia jadi isteri?” – Nadira.

Bila Khairy tetap dengan keputusannya demi kesenangan hidup, Nadira minta dilepaskan
untuk mencari bahagianya sendiri. Sungguh, dia tidak sanggup berkongsi kasih.
Gara-gara nasi lemak Nadira yang pernah dia jamah ketika berada di kampung Rafiq, Elman
jadi tidak tentu arah. Selepas itu dia rasa kasihan pula kepada Nadira yang memegang status janda. Entah bila dia mula suka kepada gadis itu, dia sendiri tidak tahu. Apa yang dia tahu,
dia ingin melindungi Nadira. Daripada siapa? Daripada Khairy yang tiba-tiba inginkan bekas
isterinya kembali. Tambahan pula, lelaki itu sudah mempunyai Elina.

“Tapi, saya tak cintakan Encik El.” – Nadira.

“Saya akan jaga awak dan mak awak. Saya tak boleh janjikan bulan bintang untuk
awak tapi, saya boleh janjikan awak bahagia kalau awak sudi jadi isteri saya.” - Elman.

Nadira bersetuju membina rumah tangga dengan Elman biarpun kali ini tanpa cinta. Adanya Elman yang melindungi dirinya, juga sabar menanti cintanya membuatkan Nadira kian
terpaut pada si suami.
Tapi, Khairy masih tidak dapat melupakan Nadira dan ingin menagih semula cinta Nadira
walaupun sudah beristerikan Elina.

“Tolonglah sayang... Dira tak kesiankan abang ke?” – Khairy.

Dapatkah rumah tangga Elman dan Nadira bertahan? Siapa yang boleh menjanjikan
kebahagiaan Nadira? Elman atau Khairy?


Janjikan Aku Bahagia Reviews


  • Mslvoe

    Not bad cerita ini. Kisah gila talak. Bukan mudah nak maafkan seseorang tapi bila lihat muka parents bekas suami, ibu & suami baru yang sangat memahami, si isteri maafkan jugak bekas suami.

  • Puteri Nurcahaya

    Tau sinopsis, so x nak ulang pasal apa...bla..bla..bla..

    Hero elman, haha..degil, suka bawak gaduh ,n pushy, tp kat si dira ni jerla...haha..tp boleh nampak sayang dia bercambah bila..

    Heroin nadira, memula ingatkan dia xde degree, lepasan spm..rupanya lepasan uni..haha..but isteri yg redho tp boleh tahan jugak perangai degil dia..dgn si elman je la..

    Khairy, gila talak, psiko..wajib masuk tong najis..rendam lama2...😤😤😤

    Elina ni mcm lalang..hahhaa..ntah x nampak fungsi dia dlm novel ni..😂😂😂😂😂

    Overall buku yg boleh dibaca, x boring cuma rasa tu xde.. Huhu.. Hero dia boleh buat org teringat ingatla...sweet and protective..😍😍😍

    3 star i bagi...good luck writer..😍😍

  • Eyd1410

    Kerana inginkan kemewahan dgn cara pantas, Khairy menerima cinta Ellina dan menceraikan Nadira atas desakan Nadira sendiri yg tidak mahu dimadukan. Oleh kerana Elman merasakan tindakan adiknya iaitu Ellina salah, Elman sendiri berasa bertanggungjawab utk melindungi Nadira dr tindakan Khairy yg tiba2 menjadi gila talak slps menceraikan Nadira. Lantas Elman bertindak mengahwini Nadira utk melindunginya selain rs cinta yg hadir slps hubungan antara mereka berdua semakin rapat apabila Nadira berniaga makanan secara online.

    Oleh kerana rs cinta yg masih menggebu di samping rs sesal yg amat, Khairy cuba utk meraih cinta Nadira semula dan secara tidak langsung menjadi langau yg cuba meruntuhkan rumahtangga Nadira-Elman. Harta kekayaan yg diperolehi dr perkahwinannya bersama Ellina tidak dapat menandingi rs cintanya terhadap Nadira. Pelbagai cara digunakan sehingga byk hati yg terluka.

    Permulaan sehingga pengakhiran cerita, Elman mmg seorang lelaki yg gentleman dan baik. Sehabis daya dia cuba utk membahagiakan Nadira dgn caranya yg tersendiri. Overall, cerita ini bg saya sgt straight forward, mudah dihadam dan difahami.

    Klimaks cerita ini walaupun klise tp puas hati. Cuma pada pendapat saya, jika permulaan cerita penulis memainkan sedikit emosi tentang saat pahit manis hubungan Nadira-Khairy sblm mereka bercerai, pasti ianya lebih ummphh kerana feel sakit hati atas kecurangan Khairy tu akn lebih terasa dan secara tidak langsung pasti pembaca akn rs kekecewaan yg Nadira alami.

  • Cik Aufa

    Thumbs up untuk DZ! Saya suka, saya suka :) Ada terbaca teaser2 di FB membuatkan saya terdetik nak beli novel ni. Juga, novel2 DZ sebelum ni yang tak pernah menghampakan. Kisah ni cukup rencahnya bagi saya. Makan hati berulam jantung kalau dapat si laki macam Khairy tu! Mujur ada Encik El yang sweeetttt!!! Hero2 DZ semuanya best! Encik El jelas sifat matangnya, pelindungnya, manisnya.. semua la! Congratulation cik writer, saya tunggu yang seterusnya

  • Fara Farhan

    3.4*