Title | : | Raffles and Religion: A Study of Sir Thomas Stamford Raffles Discourse on Religions amongst Malays |
Author | : | |
Rating | : | |
ISBN | : | 9839541390 |
ISBN-10 | : | 9789839541397 |
Language | : | English |
Format Type | : | Paperback |
Number of Pages | : | 124 |
Publication | : | First published January 1, 2004 |
Raffles and Religion: A Study of Sir Thomas Stamford Raffles Discourse on Religions amongst Malays Reviews
-
Raffles mengatakan kemunduran orang Melayu adalah disebabkan masukknya Islam sebagai agama mereka. Raffles mengkaji agama tinggalan India di alam Melayu iaitu Hindu dan Buddha sebagai tamadun yang unggul, melalui monumen dan hasil seni yang dijumpainya. Dia juga mengatakan susunan masyarakat semasa zaman Hindu Buddha yang mempunyai kasta itu sebagai penting untuk pembangunan dan pentadbiran selari dengan โkepentingan Britishโ. Orang Pagan pula memandang Islam mempunyai tamadun yang lebih tinggi dari mereka sendiri dan ini tidak disetujui oleh Raffles. Bagi Raffles Islam yang diamalkan disini tidak mengikut Islam yang sebenarnya. Raffles berhasrat menyebarluaskan agama Kristian di kalangan orang Melayu melalui pembinaan sekolah-sekolah dan kemasukan para mubaligh Kristian. Pandangan Raffles terhadapa agama-agama orang Melayu tidak menyeluruh dan berpihak. Tetapi dalam buku ini, istilah Melayu dalam buku ini tidak secara khusus seperti yang kita fahami hari ini iaitu penduduk di seluruh Semenanjung, Pantai Timur Sumatera dan pesisir pantai Borneo. Tapi lebih luar mencakupi orang Jawa, Bali, Timor, Papua dan Mindanao.
-
Pandanganku terhadap Raffles sudah terpaling dari rasa kagum kepada menyampah. Ah, itulah sejarah dan mereka penjajah. Sikap-sikap melawan terhadap agama paling tidak muncul dalam diri mereka.
Menanti terjemahan buku ini diterbitkan -
Setelah 71 hari saya selesai membaca Melayu di Mata Raffles ๐๐ฆ๐ฃ๐ถ๐ข๐ฉ ๐๐ณ๐ช๐ต๐ช๐ฌ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐๐ณ๐ช๐ฆ๐ฏ๐ต๐ข๐ญ๐ช๐ด๐ฎ๐ฆ. Ia sebuah bacaan yang mengingatkan saya tentang pentingnya memberi tumpuan kepada kaedah pembacaan kritikal.
Dalam buku ini, Profesor Dr. Syed Muhammad Khairudin Aljunied mengupas semula siapa dan peranan sebenar Stamford Raffles. Ini membawa saya kepada kajian yang telah diterbitkan oleh Raffles tentang orang Melayu dan Islam.
Saya tidak terkejut bila mengetahui Raffles ambil jalan mudah dalam menghasilkan kajiannya. Namun apa yang buat saya marah ialah hasil/kesan buku pujian biografi Raffles dari ahli sejarawan yang sebulu dengannya.
_____________________
Prof. Khairudin membuktikan hujah dari Raffles tidak kukuh yakni tidak memakai sebarang bukti contoh, huraian atau bergambar. Raffles hanya mengambil dari pandangan peribadi dan tapisan kajian dari Barat semata-mata.
Raffles tidak terkecuali sebagai penjajah yang kononnya ingin membawa pembangunan tamadun kepada orang Melayu. Padahal itu hanya alasan bagi mendapat faedah ekonomi perdagangan dan menambah kekayaan British.
Istilah "ketidaksamaan tanggapan" diperkenalkan dalam buku ini. Sukar untuk saya jelaskan (saya bukan ahli akademik), ia menunjukkan tentang sifat berubah-ubah mementingkan sesuatu demi kepentingan matlamat diri. Bahagian akhir buku ini menyedarkan saya tentang cara kita melihat orang lain di sekeliling kita.
_____________________
Melayu di Mata Raffles membuka mata dan fikiran saya untuk tidak mudah mempercayai tanggapan orang lain terhadap kita. Ya, apa jua bacaan perlu dibaca dengan pemahaman dan tidak boleh 'tangkap muat'. Saya juga gembira tatkala membaca beberapa siri kegagalan Raffles dalam usaha untuk menukarkan agama orang Melayu.
Sebagai pembaca marhaen, saya sedaya-upaya memahami konteks yang dibawa oleh Prof. Khairudin. Bahagian kesimpulan banyak membantu saya sebenarnya. Diharap perkongsian saya ini tidak membawa erti lain dari seluruh buku.
Terima kasih serta tahniah kepada Prof. Khairudin Aljunied dan CENDEKIA kerana menerbitkan naskah hebat ini!
_____________________ -
Buku yang ditulis oleh Syed Muhd Khairudin Aljuned ini merupakan kajian berkaitan Raffles dengan orang Melayu. Pada akhir buku ini kita akan tahu dan lebih memahami betapa liciknya para pemuka Inggeris ini, termasuk juga Raffles, dalam menyebarkan agama Kristian dalam kalangan orang Melayu. Terbitnya buku pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu tentang agama Kristian dapat menjelaskan strategi licik mereka ini. Buku yang bertajuk "Kitab Salat As-Sawai" ini mengandungi tentang panduan sembahyang dalam agama Kristian. Ia ditulis dengan menggunakan tulisan jawi dan diterbitkan di Fanop pada tahun 1514. Untuk siapa buku ini ditulis? Sudah tentu bukan kepada penjajah Inggeris yang ada di Alam Melayu ketika itu. Sudah tentu bukan juga untuk digunakan oleh para penganut Kristian di United Kingdom. Yang nyata ia ditulis untuk kegunaan masyarakat yang bertutur dalam bahasa Melayu!
Buku "Raffles and Religion: a Study of Sir Thomas Stamford Raffles Discourse on Religion amongst Malays" dicadangkan dibaca oleh masyarakat Islam (baca: Melayu) di Malaysia khususnya. Kita akan lebih memahami sebab musabab para pendakyah Kristian bersungguh-sungguh dalam mempertahankan penggunaan kalimah Allah dalam buku suci mereka.