Title | : | Orang Gaji |
Author | : | |
Rating | : | |
ISBN | : | - |
ISBN-10 | : | 9789671467510 |
Language | : | Malay |
Format Type | : | Paperback |
Number of Pages | : | 301 |
Publication | : | First published December 1, 2016 |
“Sebab tu saya minta tolong dengan Halim sebab malam tu, Liya minta tolong dengan saya.”
“Tolong apa?” soal Irham tidak serius.
“Tolong carikan kepala dia.”
Doktor Fendi yang bertanggungjawab merawat isteri Irham turut diganggu. Beberapa kepala mayat di hospital lesap. Siapa punya angkara? Apa kaitan kejadian yang berlaku dengan orang gaji di rumah Irham? Benarkah apa yang dilihat oleh Sara dan Mak Yam? Ada apa dengan orang gaji itu?
Orang Gaji Reviews
-
cik puan penulis Daisy Zahra memang hebat memanipulasi watak dan menipu para pembaca.. boleh kata 70% babak dalam novel ini adalah tak terjangka dek pembaca. suka dengan cara olahan dan pengembangan cerita dari awal hingga ke hujung. di penghujung kisah pun pembaca masih ada rasa ingin tahu tapi.. alaa... habis dah... watak tak banyak tapi semuanya berkait rapat antara satu sama lain.. yang bestnya bila watak-watak ini bertukar tempat. tak haru kelam kelibut pembaca di buatnya. mana taknya. nama watak yang sama tiba-tiba berubah posisi di mana dia patut berdiri... cantik twist cik puan penulis... tak faham?... cuba baca sikit ringkasan ni ya...
ok, sara yang menjadi orang gaji di rumah tuan irham di minta oleh mak yam buat apa yang diarahkan sahaja dan jangan memandai-mandai nak merayau satu rumah dan duduk di dalam bilik jika tidak diarahkan buat kerja rumah.ada juga lagi seorang orang gaji dalam rumah tersebut iaitu liya, juga sama seperti sara hanya buat apa yang ditugaskan oleh mak yam sahaja. bagi sara, mak yam seorang yang aneh. sara juga sering melihat gangguan-gangguan di rumah tersebut. isteri tuan irham koma dan sara masih belum dapat berjumpa dengan mereka..
mak yam atau pun mariam orang gaji di rumah tersebut sebenar punya agenda sendiri. dah nama pun pengamal ilmu hitam kan, jadinya dia mesti akan ada perkara yang perlu dilunaskan dengan pendampingnya. zati, salah seorang penghuni di rumah tersebut pula bercita-cita mahu menjadi mem besar dalam erti kata sebenarnya mahukan irham. dia amat berharap isteri irham tidak akan sedar dari koma. tapi, tindakan doktor fendi dan ustaz amin mematahkan perbuatan jahat mereka.. haa... dekat sini lah segalanya terbongkar satu demi satu. tambah lagi bila isteri irham sedar dari koma.. tiga watak ini, sara, zati dan liya.. apa terjadi sebenar pada mereka?...
memang ada babak yang agak meloyakan. jadinya kalau boleh jangan baca waktu makan.. hehe... mungkin ada juga akan ada perasaan seram, duduk dalam terang ya masa membaca. waktu siang pun ok.. hehe... kita ni punya agama yang indah, Islam. apa jua kesibukan, apa jua kesukaran yang dihadapi janganlah membelakangkan agama. Allah ada, mohon pada Dia.. itu saja... -
Sebenarnya kalau korang godek ulasan dekat GR ni. Ada yang dah bagi spoiler terang-terangan. My suggestion is for those yang nak baca. Baca sajalah haha tanpa lihat ulasan k?
Banyak benda bermain dalam fikiran saya masa baca cerita ni. Saya tak faham dengan watak Irham yang tersangat loading. 💢 Kenapa agaknya Irham seolah-olah pandang ringan perkara yang sudah jelas terpampang depan muka dia padahal banyak kejadian misteri terjadi tapi berlalu begitu saja.
Tapi mujurlah Irham ni dikelilingi dengan banyak kawan yang boleh membantu dia. Bukan setakat untuk celikkan mata dia tapi celikkan hati dia juga. Beritahu yang ada tidak kena dengan rumah dia.
Sebenarnya, dari awal dah boleh tangkap si pelaku. Tapi sebab ada seorang manusia yang blur (Irham). Dia jadi berjela-jela sikit la. Tambahan pula, saya at first musykil dengan Sara (orang gaji) yang datang ke rumah Irham untuk bekerja tapi tidak diperkenalkan dengan Irham sampai ke sudah.
Tapi soal ini terjawab di pertengahan cerita di mana saya mula faham kenapa dia tidak diperkenalkan kepada majikannya.
Ceritanya lebih kepada misteri dari seram. Sebab lebih banyak persoalan yang hadir dalam minda saya. Saya nak tahu apa agaknya motif utama si pelaku. Kalau berdendam atas dasar apa?. Dan saya geram bila si pelaku tak dapat balasan setimpal dengan perbuatan dia.
Banyak mangsa yang menjadi korban. Sebab sifat tidak berperikemanusian si pelaku. Ada pengajaran yang boleh diambil. Perkara khurafat tidak akan mendatangkan keuntungan malahan membawa bala. Seronok sekejap merana melarat.
Saya suka dengan cara penulis describe sesuatu. Tak kisah la suasana ke , appearance atau apa saja. Saya boleh imagine dengan baik. 👍🏻 -
Kerana dengki dan ingin cantik, Mak Yam sanggup buat apa sahaja. Buku ni memang seram, best. setiap babak yang di ceritakan, boleh buat terbayang-bayang.
Recommended! -
Okey ini first time aku baca novel penulis Daisy Zahra. Beli novel ni sebab ada sale dekat popular dan aku belek2 gr, novel ni best. So aku pon gerab la. Dan dengarnya novel ini pon dah dijadikan telefilem di astro. Mulanya aku nak tonton dulu movienya, tapi takot hilang feel, aku decided baca novel jela.
Novel ini berkisarkan seorang manusia yang terlalu obses untuk menjadi cantik walaupon usia yang telah lanjut hingga sanggup mengorbankan nyawa yang tidak bersalah.
Mak yam, menjadi orang gaji dirumah Irham. Malangnya dia mempunyai niat tidak baik terhadap keluarga Irham. Hinggakan isteri Irham koma.
Boleh dikatakan agak seram novel ni, ikutkn aku baca semalam.. tapi jam dah pukul 12 malam, jadi rase lain macam, so aku tutup. Ahaha penakut weh.
Tapi aku takleh terime betul sebab takde balasan untuk mak yam ni. Dia masih mampu hidup senang lenang. Eii geram sungguh. Ade eh manusia camni?
Aku rekomenkan korang untuk baca novel ni. -
tamat pd 03:48am
ORANG GAJI - Daisy Zahra
Baru beli 17 Jan, emmmm....bila sy baca dr satu bab ke satu bab, tahu x apa yg sy pikir ??? Fuhhh novel nie mmg sesuai klu dibawa kekaca tv, sambil baca sy bygkn klu ianya ditayangkan dikaca tv. Wlupun penuh dgn misteri tp seram yg amat....Sentiasa ada perkara yg biasa terjd tetapi kita x terduga, itu mmg buat kita terperanjat n seriau.
Sara yg baru menjd org gaji terasa pelik dgn Mak Yam org gaji pertama yg membuat peraturan iaitu Sara hanya boleh kuar bilik dgn arahannya shj. Lagi bertmbh pelik dr mula dia sampai x bertemu dgn majikan n Liya seorg lg org gaji terdahulu.
Sifat ingin tahu Sara yg kuat n atas dasar ingin menolong memakan diri beliau, apabila beliau mula diganggu dgn perkara2 seram. Belum lg dgn perangai aneh Mak Yam yg mencurigai sehingga pd satu hari beliau telah menegur Mak Yam yg ingin membuang sampah di waktu pg buta hahaha, apakah kesudahan nasib Sara ???
Kisah majikan Sara pula lain cerita, Irham yg mempunyai seorang ank n isteri yg koma di hospital menghadapi masalah satu demi satu. Dari masalah keluarga, masalah Zati orang gaji yg berlagak mem besar n masalah company juga. Sejak akhir2 ini Irham juga diganggu dgn perkara2 seram n kejadian aneh yg menambah kekusutan di hatinya. Sehinggalh kwn Irham Dr Fendi menghulurkan bantuan. Gangguan melarat pula ke hosp temp Fendi bertugas n membawa ke rumah beliau.
Apakah kesudahan nasib Irham n Dr Fendi ?
Di manakah Liya ?? Siapa Mak Yam & Sara sebenarnya ????? Tahniah penulis telah membawa sy merasa seram bersama dgn watak yg dicipta beliau. Bak kata seorg pembaca yg komen di sini, agak susah kita nk review tanpa spoilkn org yg lum baca huhuhu. Moleklh korang baca sendiri utk gmbrkn betapa seran n bestnya novel nie.
#dearnovels
#oranggaji
#daisyzahra
#seramlicious -
Ini adalah karya pertama penulis genre selain cinta. Saya dah baca karya cik penulis genre cinta dan tekad untuk mencuba naskah ini. Hasilnya, saya suka!!! Love the twist! Memang tidak boleh dijangkakan. Lain yang disangka lain pula yang jadi. Ingatkan bila watak itu mati..... ugh! Susah nak cakap kat sini tanpa ada spoiler.
Senang cakap, saya tak menyesal mencuba naskah ni. Amat2 berpuas hati. Memang ada babak2 yang seram. Terbayang2 pula time nak tido, huhu..... Thumbs up untuk cik writer :) Tak sangka selain novel cinta, cik penulis juga berbakat menghasilkan novel genre sebegini. Keep it up!!! -
Senang cerita, menakutkan.. Orang Gaji je pun tapi dia punya jalan cerita buat kau jenuh berfikir dan terasa seolah-olah kau berada dalam situasi itu.. Baca waktu siang ini tapi rasa macam gulap gulita tau tak..
-
Novel seram yang ada plot twist yang menarik. I love it! Agak susah nak review di sini tanpa mendedahkan sedikit sebanyak isi kandungan novel ni. Kalau dah didedahkan nanti tak best pula :)
Bila watak Sara yang datang bekerja sebagai orang gaji tu, mati di dapur I was like, emm.. macam tu je? Tapi terus gigih baca dan wow! Tak sangka pula jadi macam tu. Kalau diadaptasi, mesti best!! Sebab ada plot twist yang menarik di situ, tapi of course kena cari pelakon2 yang sesuai untuk mainkan watak2 tu terutama Sara dan Mak Yam. Spooky! -
antara buku yang agak baik kerana saya boleh menghabiskan bacaan dalam tempoh sehari. tiba di mukasurat 185, saya jadi keliru ... kerana pada awal cerita ... sara adalah orang gaji di rumah tuan irham ... tapi pada mukasurat 185, nama isteri tuan irham ... juga sara ... tetapi selepas itu ... saya boleh mengagak apa yang berlaku sebenarnya.
tapi ... dari awal saya dah rasa "ada sesuatu" dengan itu mak yam. -
Walau nipis sajaha naskhah ini tetapi olahan cerita serta plot twist yang menarik berjaya mengikat aku untuk menamatkan pembacaan. Siapa sangka manusia sanggup mengetepikan Allah kerana taksub untuk mendapatkan sesuatu. Manusia seperti Mak Yam , aku yakin masih ramai yang berada di luar sana . Sara , watak yang bagipun begitu cantik diolah oleh penulis. Jangan sesekali kita menyekutukan Allah kerana sesungguhnya azab yang akan diterima akan perit .
Tahniah DZ. -
Separuh pertama cerita ni membosankan. Saya hampir hilang semangat untuk baca. Babak seram tak menyeramkan. Takde apa2 yang terbongkar. Penulis seperti berniat memanjangkan jalan cerita dengan pelbagai gangguan yang takde tujuan dan menggambarkan hidup bosan si watak utama. Separuh terakhir lebih menarik tapi takde apa2 yang istimewa. Yang bagusnya, saya tak jumpa kesilapan kat aliran cerita.
-
Banyak betul baca buku yang tak boleh lompat. Mula-mula tak tahu mana satu tuan rumah, mana satu orang gaji. Dah main lompat tak boleh buat kesimpulan, baca dari mula. Good job! Buku-buku macam ini patut aku baca sejak rajin berfikir ni.
-
1st time baca karya dari penulis ni. Garapan yg hampir sempurna. Jalan cerita agak menarik walaupun aku masih blurr dgn watak sara yg dah mati, tiba2 jadi mem besar dalam rumah. Hahaha. Btw tahniah tuan penulis, semoga terus sukses dengan karya2 yg lebih menarik.
-
saya habiskan novel ni dalam 4 jam,paling cepat selama saya baca novel,novel seram terbaik pernah saya baca selepas novel langsuir,novel orang gaji ni memang the best lah!
-
Seram... Dan agak membingungkan... Tp overall i like it so much... Cuma geram dgn pengakhiran Mak Yam yg x setimpal dgn perbuatan dia... Thumbs up to this book...
-
Menarik ceritanya.. Plot twist dia pun tak jangka. Ingatkan tak bagi jumpa majikan sebab takut bocor rahsia, rupanya sebab lain. Good.. Berbaloi baca.
-
Cerita yg menarik dan agak seram, walaupun agak lembab pada awal pembacaan.
-
berkisar mengenai Mak Yam, orang gaji di rumah irham yang mempunyai agenda tersendiri disamping misteri yang berlaku di rumah itu, semenjak isteri tuan rumah koma akibat terjatuh.
saya suka dengan twist plot yang dipaparkan, watak2 yang dikaitan secara tidak langsung, diuraikan sedikit demi sedikit dengan ringkas dan tidak memeningkan pembaca, cuma pembaca kena teliti menekuni setiap plot2nya.
saya berpuas hati dengan jalan cerita, cuma agak ringkas dan terburu2 dipertengahan, mungkin kerana ingin memendekkan cerita. kalau dipanjangkan sedikit, mungkin lebih feel.. heheh
tahniah untuk penulis.