Title | : | Jejaka Macam Dia |
Author | : | |
Rating | : | |
ISBN | : | - |
ISBN-10 | : | 9789673652624 |
Language | : | Malay |
Format Type | : | Paperback |
Number of Pages | : | - |
Publication | : | Published January 1, 2016 |
Luth Zafir, pemilik Perkasa Sdn Bhd. Kenapa gadis yang seorang itu degil untuk menjual tanah dan rumah yang ingin dibelinya? Farhan cakap mustahil. Baginya, mesti ada cara. Caranya... adalah! Bila dah menjadi, dia dituduh gay. Ini boleh mencabar kelelakiannya! Lebih daripada itu, Durrah turut terkena tempias.
Nama baik dan maruah gadis itu dijaja. Dia akui itu berpunca daripada kesilapannya. Ditambah dengan rasa yang bertamu, dia menyuarakan rasa hati kepada Durrah. Dia ajak Durrah kahwin dengannya!
Di bawah satu bumbung dengan suami yang tall, dark and handsome yang memang menepati ciri-ciri idamannya, mulalah Durrah tak keruan. Sikap budiman semula jadi Luth Zafir yang ditunjukkan, membuatkan hatinya degil tidak menurut kata.
“Emmm... I tak goda you pun. Bila I goda? Kalau I goda, mesti lain dah jadinya. Ke you yang dah tergoda dengan I, sayang?”
Dan, Alisya tidak senang duduk. Luth Zafir harus direbut. Dia yang kenal lelaki itu dulu, katanya. Kemunculan anak kembar Tan Sri Mokhar, Sherin dan Sherina, menambahkan lagi perisa. Pelbagai perkara mula terjadi. Dan Durrah, sungguh tak ingin kehilangan Mr. Gentlemannya!
Jejaka Macam Dia Reviews
-
Luth Zafir. Funny, gentleman, low profile, not womanizer (tak macam novel2 yang lain, watak laki kaya je mesti womanizer) tall,dark, handsome.
Durrah. Garang, manja, sensitif sangat, tak mudah percayakan cakap Alisya.
Konflik novel ni tak berat, tak lanjut2 yang boleh buat kita cepat bosan, bacaan santai, watak antagonis pun tak da lar jahat sangat2 kecuali yang sakit tu seorang je. Hubungan Durrah dan Luth yang always based on truth, I like. Apa2 hal pon kena bagitau pasangan seniri dan kalau tak puas hati clarify awal2. Cuma pelik sikit masa si Luth tu berlakon jadi perempuan, takkan lar tak obvious he's a man? Pelik! -
4.5 🌟
Luth Zafir sangat cute and sweet. Jejaka macam dia mana nak cari? Haha -
memang best! awal2 saya sudah terhibur dengan watak juliana, kisah bercinta selepas kahwin, logiknya cerita ini tidak mempermainkan istilah kahwin itu sendiri, masing2 belajar menerima, dan yang menambah perisa dalam novel ini ada unsur suspen di hujung2 cerita, tak rugi baca
-
jejaka yang manis macam dia, sapa la nak yang nak reject. lagi jadi rebutan adalah. hehehehe
-
Ni novel pertama yg aku baca karya penulis. Pada permulaan cerita memang agak slow sikit susah nak masuk dalam mood pembacaan tapi lepas bab perjumpaan antara Luth dan Durrah dan bab diaorang kahwin terus mood membaca tu membuak² sangat 😆 Jalan cerita yg agak santai tapi terselit juga konflik yg bagi aku tak berapa berat lah. Suka sangat dengan watak Luth yg gentleman, caring, penyayang, sweet dan yg manis² semua lah ada pada watak dia. Buat kita jatuh cinta dengan watak Luth sampai berangan kalau lah dapat lelaki macam Luth ni beruntung sangat 🤪 Aku memang suka cerita yg sangat santai macam ni. Suka dengan jalan cerita rumah tangga antara Luth dan Durrah yg saling percaya antara satu sama lain, berbincang dan berterus terang apa yg jadi so takkan jadi isu terasa hati or pergaduhan yg panjang. Walaupun ada juga watak lalang untuk memeriahkan lagi jalan cerita tapi takda lah jahat sangat pun boleh diterima lagi walaupun geram juga dengan perangai gedik watak lalang dalam novel ni 🤭 Overall memang aku suka sangat dengan novel ni. Suka gila² lah disebabkan watak Luth yg buat aku melting tu 🤣 Tahniah penulis untuk karya best ni 👍👍👍 Sesiapa yg suka baca novel genre romantik, santai dan ringan sangat² digalakkan untuk beli novel ni ❤️
-
[BOOK 2]
Jejaka Macam Dia by Daisy Zahra.
.
Untuk yang sukakan cerita cinta romantik, bolehlah baca buku ni.
.
Bagi aku, watak hero dalam ni sangat perfect! Bila dia sukakan Durrah, dia memang bersungguh mengejar. Bila dah dapat Durrah, dia memang tunaikan janji untuk bahagiakan Durrah. Dan memang sweet la. -
Naskah yang bagus pada pendapat saya. Greenflag betul si Luth ni and Durrah pulak jenis cepat angin. Benda ni make them look compatible, sorang air sorang api. Untuk plot pulak good for me. Hampir semua watak sampingan saya tuduh dalang, hahaha. Slowburn story tapi fast pace (means tak dragging). Worth reading.
-
#33/80
-
tak tahu nak review apa. Ayat dalam fikiran kosong. Overall 5/10
-
Sweet! Luth is indeed sugar spice and everything nice. Karya santai peneman staycation saya.
-
Saya suka!!! Tahniah cik writer sebab sekali lagi buat saya suka dengan novel awak. Watak hero Luth ni memang sweet sangat2 :) Jalan cerita yang smooth dan senang nak faham. Bukan monotonous. Kalau senada je macam bosan pula nak baca novel yang gitu. Dialog2 pun rasa macam real. Tak la nampak macam dibuat2 sangat. Pasal kembar, bagi saya senang nak faham. Tak ada apa yang mengelirukan (maybe sbb dah pernah baca buku2 lain yang plotnya lagi berselirat) jadi yang ni senang je nak faham(time dia pergi rumah Durrah, kita pula yang dup dap2) Besides, ada penjelasan yang diberi melalui watak doktor tu. Apa yang saya suka dengan novel2 DZ, tak ada cliche thing. Macam isteri merajuk bawa diri keluar rumah etc. Of coz watak2 heroin yang tak lemah bagai. Tapi garang2 pun akhirnya cair juga kan dengan Luth Zafir :) Thumbs up untuk cite ni! I'll be waiting for your next novel.
-
Akhirnya. Tamat juga kisah ini pukul 2 pagi. Santai. Menarik. Kebetulan suka yg suwit mewiit. Credit to the writer. Kisah si Durrah yg ingin mempertahankan harta keluarganya terjebak dengan perkahwinan yg tidak dijangka bersama Luth, CEO Perkasa yg juga menipu untuk mendapatkan tanah keluarganya. Untuk menebus peristiwa yg di luar jangkaan ketika di Langkawi, Durrah dilamar oleh Luth. Perkahwinan tanpa cinta semestinya manis untuk pasangan ini. Luth yg gentleman telah berjaya merobohkan tembok ketidak percayaan isterinya. Alissa yg cuba menggoda Luth dan Eshan yg menrauh perasaan terhadap Durrah menjadi rencah kisah ini. Dapatkah pasangan ini mengekalkan institusi perkahwinan mereka? Cer anda dapatkan novel ini....
-
Mr.gentlemen itulah gelaran yang diberikan oleh Nur Durrah kepada Luth Zafir. kalau ikutkan Luth tu dah terlebih gentlement kerana sanggup suap Durrah setiap hari. kerana sebidang tanah Luth jatuh Cinta dengan Durrah, kerana tanah juga Durrah sanggup terima lamaran Luth walaupun benci.. tetapi adakah sanggup seorang isteri untuk membenci suami yg gentlemen seperti Luth, begitu juga dgn Durrah, daripada menci bertukar menjadi sayang.. tetapi kebahagian mereka ada yang cemburu. wujudnya langau2 seperti Alisya dan Sherin menggugat kebahagian mereka, sehinggalah kisah sebenar terbongkar.
-
Just finished read it...
Best sngt2.. -
menarik. berat gak cerita sebab melibatkan DID. cuma dari merepek sikit bila Luth sanggop pakai purdah, menyamar jd perempuan semata2 demi dapatkan ape yg dia nak. byk pulak masa CEO ni eh. huhuhu..