W: Revenge of the Bush Dynasty by Elizabeth Mitchell


W: Revenge of the Bush Dynasty
Title : W: Revenge of the Bush Dynasty
Author :
Rating :
ISBN : 0786866306
ISBN-10 : 9780786866304
Language : English
Format Type : Hardcover
Number of Pages : 320
Publication : First published October 1, 2000

In the tradition of What It Takes by Richard Ben Cramer, Elizabeth Mitchell, a young journalist, takes an in-depth look at the man many believe will be the next president, George W. Bush. This comprehensive and explosive biography stands as an epic saga of one of the nations leading political families, interweaving a history of the time with insightful analysis and top-notch reporting.


W: Revenge of the Bush Dynasty Reviews


  • Hilmi Isa

    Siapakah George W. Bush? Bagaimana dan apakah perjalanan hidupnya sehingga menjadi presiden Amerika Syarikat (AS)? Pengalaman apa yang ditempuhi yang membentuk identiti dirinya? Apakah faktor-faktor yang mendorongnya untuk bertanding di dalam pemilihan Presiden AS pada tahun 2000? Ini merupakan antara persoalan yang dijawab di dalam buku ini.
    Walau bagaimanapun,buku yang ditulis oleh Elizabeth Mitchell ini bukanlah sebuah buku biografi rasmi dan muktamad mengenai George W. Bush (GWB). Ini diakui sendiri oleh penulis di dalam ruangan Penghargaan dan Pengenalan. Kajian penulis adalah bebas dan tidak mendapat 'restu' dari GWB sendiri. Selain itu,buku ini asalnya diterbitkan pada tahun 2000 sebelum pilihan raya Presiden AS yang menyaksikan GWB diangkat menjadi presiden baru AS menggantikan Bill Clinton. Jadi,boleh dikatakan buku ini dihasilkan secara 'tergesa-gesa' sempena pilihan raya tersebut. Buku yang saya miliki ini,bagaimanapun,merupakan edisi yang dikembangkan dengan dimasukkan beberapa input yang baharu.
    Namun,pada pendapat saya,buku ini berjaya ditulis dengan baik oleh penulis. Walaupun agak ringkas tetapi padat,isi kandungan yang disampaikan kepada pembaca boleh dianggap berjaya;iaitu membincangkan/menceritakan sejarah hidup GWB semenjak dilahirkan sehingga berjaya menjadi presiden AS. Bahasa Inggeris yang digunakan juga tidak begitu kompleks dan agak mudah untk difahami. Jika anda mencari sebuah buku mengenai GWB yang ringkas dan neutral,buku ini adalah jawapannya. Memandangkan buku ini tidak ditaja sendiri oleh GWB dan penulis buku ini sendiri seorang yang 'non-partisan' (tidak memihak kepada pihak yang pro-GWB dan anti-GWB),buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang ingin membuat kajian atau mengetahui sejarah hidup GWB yang tidak mengandungi sebarang agenda tersembunyi sesuatu pihak. Ciri ini,pada saya,merupakan kekuatan utama buku ini yang menambahkan nilai kepada para pembaca untuk membaca buku ini.
    Satu kekurangan buku ini adalah 'ketelitian' penceritaan yang agak rendah. Perkara ini mungkin sekali berlaku kerana faktor yang saya sebutkan di atas. Buku ini juga tidak menyediakan sebarang gambar (tidak pasti jika edisi yang lain ada menyediakan gambar) yang jika disertakan,akan sedikit sebanyak membuatkan pembacaan bertambah menarik.
    Satu ciri unik buku ini adalah penulis menggunakan pendekatan 'perbandingan'. Dalam menceritakan sejarah hidup GWB,penulis juga membincangkan sejarah hidup bapa GWB,iaitu George Bush. Oleh itu,para pembaca seolah-olah mendapat 'bonus' ketika membaca,iaitu dapat membaca kisah bapa dan anak ini. Perbandingan ini dilakukan oleh penulis untuk menunjukkan/membuktikan perkaitan yang rapat antara mereka berdua dan bagaimana kedua-duanya saling mempengaruhi kehidupan masing-masing. Namun begitu,jika anda ingin mengetahui sejarah hidup bapa GWB ini,disarankan anda membaca buku yang khusus membincangkan mengenai George Bush sahaja untuk mengetahui sejarah hidupnya yang lebih teliti dan mendalam.
    Secara keseluruhannya,buku ini berjaya dihasilkan dengan baik. Sekurang-kurangnya,penghasilan buku ini menepati objektif utama penulis menghasilkan buku ini. Namun begitu,seperti yang saya nyatakan di atas,buku ini bukanlah buku biografi yang muktamad mengenai GWB. Anda boleh dapatkan buku-buku biografi GWB yang lain yang ada di pasaran untuk melengkapkan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai GWB.