Penyelewengan Dalam Tafsir Al-Quran by Tengku Intan Zarina Tengku Puji


Penyelewengan Dalam Tafsir Al-Quran
Title : Penyelewengan Dalam Tafsir Al-Quran
Author :
Rating :
ISBN : -
ISBN-10 : 9789674121181
Language : Malay
Format Type : Paperback
Number of Pages : 91
Publication : First published January 1, 2013

Kewujudan pengaruh dan elemen falsafah dalam pentafsiran alQuran merupakan suatu kecenderungan dekad ini. Malangnya usaha ini telah dilakukan oleh kebanyakan intelektual Muslim atas nama kesarjanaan dan kajian akademik. Mereka cuba menyerapkan metodologi hermeneutik sebagai 'galang ganti' kepada tafsir ma'thur dan tafsir bi ra'yi mamduh melakukan kajian kritik terhadap al-Quran secara bebas. Realiti ini amat membimbangkan kerana ianya mampu mengelirukan kefahaman dan akidah umat Islam. Justeru, buku ini dihasilkan untuk menyingkap kesilapan sikap dan kefahaman yang cuba disebarkan atas nama tafsir liberal. Buku Penyelewengan Dalam Tafsir Al-Quran ini mengupas mengenai esjarah penyelewengan dalam tafsir semenjak zaman penurunan wahyu sehinggalah ke hari ini. Pembaca akan mendapati kesilapan dan penyelwenengan tersebut sebenarnya dimulakan oleh golongan orientalis terlebih awal, namun kini diulangi oleh umat Islam sendiri yang terpengaruh dengan falsafah liberal Barat. Buku ini menjelaskan tentang tokoh intelektual Muslim dari kalangan bangsa Arab dan Melayu yang terlibat dan penjelasan ringkas tentang latar belakang pendidikan mereka serta karya yang dihasilkan. Selain itu pembaca juga diberi pendedahan mengenai contoh tafsiran salah dan menyeleweng yang dilakukan terhadap ayat al-Quran terutamanya dalam isu wanita seperti aurat, poligami, kepimpinan, nusyuz dan ketaatan.


Penyelewengan Dalam Tafsir Al-Quran Reviews


  • Nazmi Yaakub

    Sorotan ringkas tentang penyelewengan dalam bidang penafsiran al-Quran yang dilakukan modenis dan pluralis sama ada dari dunia Arab mahupun alam Melayu termasuk kumpulan seperti Sister in Islam dan Gerakan Anti Hadis. Untuk pendedahan awal, buku ini boleh membantu tetapi pembaca memerlukan bacaan lanjutan mengenai konsep seperti hermeneutik, al-Quran sebagai produk budaya (muntaj thaqafi) dan tafsiran yg menyeleweng lain.