My Miss by Daisy Zahra


My Miss
Title : My Miss
Author :
Rating :
ISBN : -
Format Type : Paperback
Number of Pages : -
Publication : First published April 1, 2013

“Faham tak?Jangan tahu angguk aje!”
“Faham, cik. Saya faham.”

Maka, rasmilah Luqe Rizky sebagai pembantu rumah kepada Diya Adarina. Selama berkhidmat untuk gadis itu, pelbagai ragam yang dihadapi. Apa yang menjadi kesukaan dan kebencian Diya, cuba dipelajari sebaik yang mungkin.

Sehingga adanya lamaran daripada seorang cikgu untuk Diya, Luqe mula gelisah. Baru dirinya sedar yang telinganya tidak lagi akan mendengar pujian tentang masakannya daripada missnya itu. Takut kehilangan missnya, keputusan nekad diambil. Dia harus memperisterikan majikannya sendiri!

“Miss, kahwin dengan saya. Saya akan jaga miss sampai bila-bila. Selagi saya mampu, saya akan jaga miss. I swear!”

Bagi Diya pula, kenapa tak? Daripada nak berkahwin dengan orang yang dia sendiri tak kenal, Luqe adalah pilihan yang lebih baik. Sudahlah lelaki itu pandai masak spageti, menu kegemarannya! Tapi, Sir Ilyas macam mana?

Mampukah Diya dan Luqe meneruskan perhubungan yang sudah terjalin? Siapa pula Sir Ilyas dalam hidup Diya? Apakah gelaran my miss akan terus meniti di bibir Luqe? Atau, gelaran itu akan tetap kekal menjadi gelaran?


My Miss Reviews


  • Nurul Adibah

    Cute lah dapat husband pandai masak ni lol

  • Eyd1410

    Kisah yg diutarakan kali ini agak berlainan dr novel2 yg dihasilkan oleh writter lain. Kisah pembantu rumah yg jantinanya adalah lelaki. Pelik tapi benar bila seorang pembantu rumah sepenuh masa hanya redha bila majikan mampu menggajikannya sebanyak rm100 ke rm200 sahaja. Ermmm. Permulaan cerita agak menarik bagi saya bila Luqe yg hensem menjadi pembantu rumah dan perangai majikan yg bernama Diya yg bg saya sangat cerewet. Ada je yg tak kena kat mata dia. Macam sengaja nk cari salah Luqe utk dibebel. Namun, pada pertengahan cerita di mana selepas Diya pulih dari amnesia, saya rasa perangai Luqe pula menjengkelkan. Sikap mudah percaya membabi buta tanpa penjelasan dari Diya buat saya rasa nk ketuk2 je kepala si Luqe tu terutama bila dia langsung tak endahkan Diya walau berulang kali kata kemaafan yg diucapkan oleh Diya. Konon nampak kesalahan yg Diya buat, tetapi Luqe sendiri tak sedar yg pada permulaan perkahwinan pon dia dah membohongi Diya tentang keluarganya. Kemuncak yg buat saya makin panas hati dengan sikap Luqe bila dia mendapat gambar Diya bersama Hairi dalam keadaan yg mesra. Sekali lagi Luqe percaya bulat2 tanpa selidik dan minta penjelasan dari Diya. Bertabahlah seorang isteri kalau mendapat suami yg minta dilempang macam tu😰. Apa pun tahniah utk writter sebab menampilkan pembantu rumah yg rare mcm ni🤷‍♀️ dan semoga bertambah sukses utk novel2 yg berikutnya.