KOPI by Amir Muhammad


KOPI
Title : KOPI
Author :
Rating :
ISBN : -
ISBN-10 : 9789670374055
Language : Malay
Format Type : Paperback
Number of Pages : 180
Publication : First published March 1, 2012

An anthology of 19 addictive short stories by writers associated with the Malaysian publishing label Fixi. All are inspired by coffee. Some stories are dark and hot, others are creamy and smooth. Have a sip!

Full line-up:

KOPI 3 RASA - Shaz Johar
BERSAKSI KOPI - Dayang Noor
KOPI KOLA - Nadia Khan
KOPI, DONAT DAN BAYANG GADIS BERAMBUT HIJAU - Adib Zaini
CINTA KOPI - Gina Yap Lai Yoong
LUWAK DAN KRETEK - Ridhwan Saidi
KOPI PERCIK - Amal Hamsan
KAU KOPIKOKU - Dheepan Pranthaman
KOPI JANTAN KAW - Nik Adam Ahmad
CETHU - Nabila Najwa
BARISTA CINTA - Shafaza Zara Syed Yusof
HARI INDITIH - Asyraf Bakti
MALAM, DI MEJA TEMPAT KAU TERLENTOK - Hafiz Hamzah
RITUAL- Luc Abdullah
TANGAN BERULAT - Fadli Al-Akiti
VENTI - Redza Minhat
KOPI JULIA - Faizal Sulaiman
SECANGKIR KOPI BERSAMA DIA - Syaihan Syafiq
KOPI MIMPI - Raja Faisal


KOPI Reviews


  • Zaghol

    Kopi berperisa lucah. Tidaklah semua kerna ada je yang berperisa biasa. Cuma aku rasa aneh sebab penulis wanita pun ada tulis lucah2 juga, agak janggal di situ tapi aku lelakikan, apa aku tau pasal wanita. (Lelaki boleh jadi miang, kami pun boleh! - Feminis) Hehe

    Beberapa review yang kubaca pasal kumcer ni, ada yang risau jika budak2 hingusan baca juga sebab kandungannya yang terlalu dewasa, tiada metafora diguna, hanya terus terang sahaja ayat2nya. Aku kenal FIXI sebab aku dah banyak dah baca novel2 terbitan mereka, ini bukan perkara baru tapi KOPI is too much. (IMO la)

    Adakah novel gaya urban tempatan bermaksud novel gaya barat? Orang2 Malaysia memang tak suci, aku tau kewujudan dunia seks bebas di kalangan melayu yang sudah tidak asing lagi tapi kalau boleh luaskan idea tu best jugak dari terperangkap dalam dunia miang. Asal indie urban je kena taruk babak beromen ye? Lame.

    p/s: ouch, aku dah promo kumcer ni.

    #MalaysiaMembaca #NegaraKotaBuku2020

  • Gobokairina

    Tak dapat dinafikan Kopi adalah gabungan 19 cerpen yang manis, pahit, hitam, putih, panas, sejuk dan ada yang kaw-kaw punya. Tidak mengecewakan malah ada beberapa cerita yang agak surprising. Shaz Johar misalnya yang mengejutkan aku dalam kisah menariknya melalui ‘Kopi 3 Rasa’. Diharapkan tulisan berikutnya akan jadi sebagus ini. Teringat Pei Pan - See... saya masih neutral kerana tetap membaca karyanya.

    Dari satu cerpen ke satu cerpen, ada terhidang pelbagai jenis ‘kopi’. Kisah yang simple lagi sweet, kisah cinta tragik atau mimpi cinta tak kesampaian. Disampaikan dengan pelbagai rentak dan gaya. Ada penulis yang senang bermadah, yang sarkastik, yang lurus-bendul dan ada juga yang bermetafora. Seperti Syafaza Zara Syed Yusof atau lebih dikenali dengan Lord Zara di laman blogger, si bunga ini masih mengekalkan identitinya. Metafora tinggi dengan kata-kata puitis. Begitu juga dengan Nabila Najwa dan Hafiz Hamzah; bukan mudah untuk meyakinkan pembaca dengan alunan gaya penulisan yang punya kosa kata nan indah, tetapi mereka berdua berjaya melakukannya [sekurang-kurangnya meyakinkan aku]. Tahniah.

    Dalam pada itu, ada juga beberapa cerpen yang aku tak suka. ‘Kopi Mimpi’ misalnya. Ya, aku memang tak suka kalau ada selingan mimpi dalam kisah yang ditulis. Ibarat kau sedang menipu para pembaca secara terang-terangan. Membunuh mood membacaku yang sudah pun teruja dalam khayalan tetapi itu pada pendapat aku, mungkin tak sama dengan kamu.

    Seperti biasa, keterbukaan bagaikan sudah sinonim dengan keluaran Fixi tak terkecuali Kopi. Setakat ini hanya kisah
    Ngeri dan
    Kelabu yang bersih dengan unsur-unsur panas romantica-de amor itu. Padaku ketiadaan scene sebegitu tidak mencacatkan langsung, tetapi mungkin kerana ianya fiksi pulp moden. Urban katanya maka jadilah ia begitu. Mungkin aku kena membiasakan diri dengan karya sebegini. Telan selagi boleh, luah setelah jemu. Mungkin.

    Fixi ada barisan penulis yang bagus – Nadia Khan, Ridhwan Saidi [sekadar memetik nama yang terlintas di fikiran], yang punya bakat menulis luar biasa. Hatimu akan tergolek-golek jatuh cinta pada karya mereka. Ringkas, padat dan memikat. Aku suka.

    Aku tak akan bercerita ke semua cerpennya. Panjang berjela nanti, dan lagipun akan jadi tak surprise untuk kamu yang mahu membaca. Cuma apa yang boleh aku simpulkan koleksi cerpen ini menarik, sama menarik dengan kulit dan reka bentuknya. Saiz kecil dan sangat sesuai sekali untuk dibawa ke kedai kopi[?]. Yang berminat, cepat dapatkan di Fixi. Buku ini keluaran terhad kerana dicetak sekali sahaja dan hanya ada 1,500 naskhah. Harap maklum!

  • Luc Abdullah

    Inspirasi Ritual kepada Anonymous.



    Segala pujian saya simpangkan kepada inspirasi dan segala kekutukan saya simpankan dalam kepala saya. Terima kasih.

  • Asmar Shah

    3.25* untuk naskah limited edition ini!

    Sebenarnya aku sangat teruja untuk mencari naskah ini untuk dibaca. Untuk membelinya sebagai satu koleksi peribadi mungkin itu sangat mustahil memandangkan penjual-penjual buku Kopi ini menjualnya dengan harga enam buah buku fixi yang baru! Maka dengan itu aku hanya mampu meminjamnya dari seorang akak yang baik hati! yeay!

    Ada beberapa buah cerpen di dalam naskah ini yang sudah aku pernah hadam. contohnya seperti cerpen Nadia Khan dan Faizal Sulaiman. Namun apa yang mampu aku perkatakan, beberapa penulis yang agak popular di dalam Fixi, cerpen-cerpen mereka tidak mampu pun memikat hati (mungkin masa itu mereka masih baru lagi). Penulis yang aku tidak pernah kenali itu pula yang membuatkan aku terkesan dengan cerpen mereka. Maaf!

    Tapi berbanding naskah KLCC dengan naskah Kopi ini, naskah ini lebih enak 'dihadam' dek minda. ( Aku belum baca naskah Bola lagi! Owh ya Cerpen 40 tak masuk dalam penilaian ini hiks!)

    Tapi apa yang ingin aku perkatakan, punyai buku ini sebagai koleksi peribadi sangat terbaik! ( untonglah~)

    Aku boleh ibaratkan membaca buku ini seperti :

    Nikmatnya sangat indah terasa apabila aroma dan rasanya berlegar-legar di sekitar dan ketika berada di dalam mulut namun apabila kopi yang berada di dalam cawan habis dinikmati, saya pelik entah kenapa agak terlalu cepat sensasi kopi itu hilang dari minda...

    Peace!

  • Kluxorious Kluxces

    This one is a reread thanks to my random book selection for December.

    I know this book is a limited edition but I didn't know it is very sought after by fixi lovers. I guess I made the right decision to buy this, my first ever fixi book purchase.

    The second time around reading this, my thoughts about this book still don't differ much. Kopi 3 Rasa by Shaz Johar is still one of my favorites. It was the reason I bought this book back in 2012. It was funny and it was original. The other story worth mentioning is Barista Cinta. It was full with sarcasm and yet so true.

    As for the rest of the stories, well, they don't impress me much. Most of them were trying too hard to be 'hipster' that it totally missed the point where Kopi or coffee is supposed to be the center stage of each stories. Some even failed to make any sense to me such as Cethu by Nabila Najwa, while some just made me furious because it is just full of bullshit like Hari Inditih by Asyraf Bakti.

    But most importantly, I think this book, without meaning to, addressed the lack of moral and religious values (by religious, I mean Islamic) because most of the stories are either about having sex before marriage or having a sexual affairs after marriage. And this is considered normal, as part of the life style nowadays which I guess in reality it is. Sadly so. All in the name of 'love' kononnya.

  • Kafka Firdaus

    19 jenis kopi dari 19 orang barista. Seperti dijangka tidak mungkin semua barista ni pandai buat kopi. Ada yang rasanya memang wow dan padu, tapi ada juga yang hambar tawar lesi. 3 bintang.

  • Shafaza Zara

    Komen penuh mengenai KOPI boleh dibaca di
    http://shafaza-zara.blogspot.com/2012...

    :)

  • Qhist Ma

    Kopi aku umpamakan pintu gerbang... Pintu gerbang untuk aku kenal nama2 asing dalam jajahan yang tak pernah aku jejak... Kecuali RS yang telah aku mengerti kewujudannya, nama2 lain aku hanya intai dari jauh...

    Bila RS invite to sell via auction, aku jerit dari ampang 'can't you hear me? I'm in! I'm in!!!'..sungguh..

    Berjaya bid. Book delivered to office. Boss entah muncul dari mana, tanya 'kamu beli buku resepi ke, qhist? Nak buat kopi pun beli buku..?'.. bersaksi irama maksim dari pc boss, aku jeling beliau tanda protes...

    Itu pre-reading.

    Malam tu aku baca terus. Teruja... Usai last page subuh tadi, masa untuk recall...masalah. Aku tak ingat semua.

    Cethu - Nabila Najwa. Hafiz Hamzah..err ada Luc.. yang lain aku tak berapa ingat...

    Cuma tulah..aku ni konservatif sikit (dalam soal ni).. Yang selalu rasa benda2 dalam kelambu tu kena berlapik dan wajar berlingkar dalam ruang imaginasi yang educative...educative experience... Betul, ia fitrah.. Dan memang betul kata mereka perang lagi lucah dari sex.. Tapi fitrah tak bermaksud sex je... Kalau page tak penuh dengan adegan sex yang truly descriptive, korang masih 'true' kalau kena gaya..

    Beri la peluang adik2 untuk baca karya korang... (aku clueless sama ada aku yang sekat bahan bacaan atau memang bukan masanya budak2 baca...) Sex yang sipi2 tak bermaksud korang tak power... Korang masih power apa..

    Aku cuma konservatif. Coffee is great not because they were graded & classified, and analysed by refer to their presentation..tapi terpulang pada lidah yang merasa..

    Soal rasa, lidah memang tak boleh bohong..

    Tanpa prejudis, ini cuma review aku.. ;p

  • Lyla Ibrahim

    I'm not a coffee addict. In fact, I don't even drink coffee. So, that may be the reason why I gave it 3 stars..hehe. I don't feel the enthusiasm of coffee like those authors did. There are few stories that I really enjoy though. It's a good thing for me to be able to read this one. At least, I get to read and experience the feeling of a coffee addict..haha.

    1. Kopi Mimpi by Raja Faisal - I can feel the pain of addict when they read this. No coffee found in the future?????huuuu

    2. Kopi Percik by Amal Hamsan - Can't rest in peace because of coffee??This is really a good one.

    3. Kopi Kola by Nadia Khan - It's not Pepsi Kola but Kopi Kola..haha.

    4. Barista Cinta by Shafaza Zara Syed Yusof - I like the language style.

    5. Luwak dan Kretek by Ridhwan Saidi - Funny..haha

  • Faizah Roslaini

    Saya ada rasa macam hebat juga bila berjaya memiliki naskah 'Kopi' yang dengarnya limited edition ya? Rupa fizikalnya pun amat menarik, dari kulit depan sampai isi-isi dalamnya.

    Mungkin ini pelik tapi yang betul-betul menyinar pada saya cuma beberapa. Dan kebanyakkannya belum ada karya bercetak. Saya amat gemar pada yang berikut mengikut susunan:
    1 - Malam, di Meja Kau Terlentok
    2 - Cethu
    3 - Ritual
    4 - Kopi 3 Rasa
    5 - Venti

    I didn't get Ridhwan Saidi this time. Sorry. The rest saya rasa menambah kuah pada nasi aja (ada ke peribahasa macam ini?). Tapi pada orang lain cerita mereka mungkin vavavoom tapi pada saya menarik tapi biasa je kot. Paling bosan bila ada zombi dan vampir itu. Aduhla. *sakit kepala sekejap*

  • Mobyskine

    Sebuah Kopi dari 19 barista- satu perkataan, lazat. Jujurnya aku suka kesemua cereka pendek di dalam ini. Dan jujurnya dua paling aku gemari hasil nukilan dari penulis novel Zombijaya dan Bisik. Kelakar, kerana aku kurang gemari novel Zombijaya namun tulisan Adib Zaini di dalam Kopi amat menarik dan lain dari lain.

    Berharap amat FIXI kekal keluarkan buku antologi begini- mungkin satu setiap tahun. Just a suggestion :)

  • Anwaruddin Tajuddin

    Review selanjutnya,
    http://niscakata.blogspot.com/2012/03...

  • Ainunl

    Secawan kopi selalu sahaja menawarkan pelbagai rasa yang berbeza kepada peminumnya. Jika kau menyukai secawan kopi penuh busa susu tentu sahaja kau akan membenci secawan espresso yang pahit likat. Begitulah di dalam antologi KOPI yang tentu sahaja akan saya letakkan antara 10 buku terbaik tahun ini, bukan dari segi isinya tetapi dari segi persembahan buku ini yang memilih saiz 5' x 5' dan covernya yang sangat cantik. Sesuai membawa fikiran di dalam sebuah antologi kopi yang punya 19 rasa yang tentu sekali tidak sama antara satu sama lain.

    Nah, saya cuba turunkan komentar mengikut setiap cerpen di dalam antologi buku ini mengikut takah kesukaan saya. Yang selepas saya menutup buku kopi ini, pembinaan imejan, latar dan emosinya masih melekat dalam fikiran saya.

    Bersaksi Kopi - Dayang Noor.

    Saya belum lagi membaca novelnya, Jerat tetapi jika Dayang Noor mengekalkan momentum seperti ini di dalam novelnya, tentu sahaja sangat mengujakan. Saya suka pembinaan ceritanya yang diberikan kepada saya. Oh, saya hampir sahaja memikirkan si pencerita akan memberikan ending yang klise, seperti mana kita sedia maklum. bertemu, bercerita dan akhirnya kau jauh cinta kepada pendengarnya. Dayang Noor telah memberikan gambaran yang begitu jelas untuk kita terjun ke dalam penamatan yang klise di dalam pembinaan ceritanya tetapi nyata tidak. Saya tersilap dan membuatkan cerita ini sungguh menarik, melekat benar dalam fikiran saya.

    Nah saya turunkan baris penutup yang memikat
    "Sesungguhnya aku tidak sampai hati. inilah saat yang paling aku takutkan selama ini. Dia kacak, kelakar, bijak.Penghibur waktu sepi, teman waktu sunyi. tetapi aku tidak mampu memcari kata-kata tepat untuk menerangkan bahawa aku hanya menemunya semata-mata untuk mendengar cerita-cerita sensasi sambil menikmati kopi. Zalimkah aku ini?

    Kopi 3 Rasa - Shaz Johar

    Bagi saya ini cerita yang unik, bukan kerana pembinaan plotnya tetapi bagaimana penulisnya sungguh bijak menyembunyikan rahsia-rahsia untuk pembacanya di dalam cerpennya. Kopi boleh jadi kod bahasa yang dimengertikan oleh orang-orang yang berbeza. :)

    Barista CInta - Shafaza Zara Syed Yusof

    Saya sudah baca petikan cerpen yang memenangi hadiah sempena novel Tabu tetapi bila digabungkan dalam sebuah cerpen ini, witty! :) terutamanya ayat semasa bersimbah kopi di hujung cerita.

    saya berharap Shafaza mengekalkan penceritaan yang sebegini.

    Cinta Kopi - Gina Yap

    Ketika membaca permulaan cerpen ini, saya dilanda euforia, nampaknya penulis ini sedang memberi perihal yang menarik untuk makna kopi tetapi semakin ke penghujung, kekuatan cinta yang dibina di dalam cerpen ini pecah dan berhamburan. Nah, akhirnya keklisean juga yang ditawarkan kepada saya. berbeza sungguh menikmati cerpen Bersaksi Kopi dan Gina Yap. Saya fikir Gina harus dengan sabar menukangi ceritanya dan memilih ending yang tidak melodrama. oh oh.


    Yang lain, mungkin belum cukup ke tahap untuk saya duduk menghabiskan kopi yang ditawarkan atau mungkin bukan selayaknya saya minum kopi yang ditawarkan.

    hehe.

  • Sizarifalina

    Okie.sejujurnya, buku Kopi nih masih lagi siz hirup sikit demi sikit. so, pendek kata review buku Kopi siz akan ada Bahagian Kedua.

    1. Shaz Johar masih lagik mengekalkan tema ironinya dalam Kopi 3 Rasa. Jenuh argue dengan Zam mengenai erti KOPI O dalam cerpen tuh. Tapi ternyata, lepas tonton short filem Kopi 3 Rasa, ternyata interpretation Siz Tepat!

    2. Ridhwan Saidi...ishk! This guy is extremely absolutely talented ( actually pada masa yang sama siz sedang baca bukunya yang terbaru MAUTOPIA. Pening sikit sebab dah macam buku literature zaman Siz ambik American Literature do Universiti jadinya ) . Tapi yang membuatkan siz tersedak sebab nak tergelak bila terbaca ayat ini "p/s : Jangan lupa sembahyang" Kenapa? Sebab ayat itu lah yang bro Ridhwan tulis dalam buku Amerika Siz! Just put it this way. His works are all mind blowing. Long short. Thin thick. He is twisted and definitely in his own world!

    Nadia Khan : hihihihih sifat romantis Dan ending cerita cliffhanger masih Kekal.

    Gina : bukan ngeri dah NIH....serum terus bulu Roma!

    Adib : masih dalam duni fantasi. BAGUS!

    Dayang Noor : Hebat! Rupanya dia boleh menulis selain genre IT. ( Hye Kak Dayang! )

    Zara! : Bakat fresh from the oven. Pandai bermain ayat Dan out of the box! Memang Ada unsur 'terkaftab' . Tapi jangan risau! Very light. Siapa sangka sperm,Kopi Dan jubah boleh bersatu kan?

    Okie...tunggu Bahagian kedua!

  • Elwani

    Buku ni baru dibeli semalam di Annexe Gallery. Siap tonton 3 short films sempena himpunan cerpen dalam buku Kopi ni lagi.
    Tidak mengecewakan, malah tidak tercapai dek akal cerita itu ending nya begitu, dan cerita ini, endingnya begini.
    Ada satu cerpen aku skip. Entah. Disebabkan bahasanya yang entah kemain berbunga, atau aku sahaja yang malas memprosesnya menjadi sebuah cerita yang indah?
    Nadia Khan menulis cerita yang pada aku, permulaan yang sudah dapat diagak, klimaks cerita yang mengusik emosi, dan pengakhirannya yang baik sekali.
    Ridhwan Saidi, Luwak dan Kretek. Ah. Pandai betul dia berkarya. Meskipun aku rasa permulaan cerita yang agak bosan, klimaksnya yang klise, endingya yang paling penting. Buat aku tersenyum kerana aku ingin menahan gelak. Oh ya, aku baca Kopi ni di dalam train. Gombak-Pasar Seni.
    Kopi 3 Rasa. Short film nya lagi mantap. Meskipun ada yang berubah dari karya asal, tetapi plot cerita tidak lari. Berpinar mata aku setelah cerita itu tamat. "Biar betul." Aku bermonolog. Cerita unik. *tepuktepuktangan*

    Cerpen yang lain?
    Pergi beli, baca, nilai.
    Ini hanyalah cebisan dari buku Kopi itu.
    Meski bahasa nya yang terkadang aku sendiri pun tergamam, tapi, aku lihat dari sudut positif. Ini terbitan Fixi, apa lagi yang kau sangkakan? Heh.

  • Fazrol Bin Che Isa

    Bak Kata penulis Roslan Jomel~Pulpa atau sastera - janji sedap. Saya bukanlah seorang penulis yang mempunyai bakat semulajadi yang mana mempunyai darah orang seni. Tapi untuk menjadi pengkritik bebas, semua orang pun boleh. Jadi saya akan komen keseluruhan himpunan cerita kumpulan cerpen dalam buku kopi ini. Jika ada penulis mahu saya kritik penulisannya secara peribadi silalah email kepada saya. he he. Dari gaya bahasa yang digunakan bukanlah gaya bahasa sastera, mungkin itu adalah kerana konsep yang dibawa oleh buku fixi iaitu mengeluarkan novel novel berkonsepkan urban kontemporari. (Oh saya tidak tahu tentang itu). Gaya bahasa moden. Mungkin ada perkataan-perkataan urban yang digunakan oleh anak-anak muda generasi sekarang. Penceritaan tidak mengghairahkan saya. Namun ada juga cerita membuatkan saya berahi. Semua cerita mestilah berdasarkan minuman adiktif yang difikirkan oleh editor iaitu kopi. Kemudian penulis hanya mengambil masa yang singkat untuk menyiapkan cerpen itu Iaitu dalam masa seminggu sahaja. Jadi hasilnya adalah kopi segera. Tidak pula saya kata kopi segera itu tidak sedap.

  • Nazrinsaad

    Ini antalogi cerpen bahasa Melayu terbaik pernah aku baca. Period.

    Setiap penulis, sama ada aku biasa atau tidak dgn tulisannya, aku rasa memberikan sesuatu yg hampir sempurna.

    Kopi Cola, Kopi Julia dan Kopi 3 Rasa antara karya epik yg gagal untuk dibuang dari minda. Itu jika aku terpaksa memilih top 3.

    Kata orang cerpen tak boleh jual. Pergi mampos. Aku rasa kalau jual Kopi dgn harga RM100 pun sekarang ada yg nak beli.

    Padan muka ko takdak Kopi.

  • Fuka-chan

    as the stars said, the book is just 'okay' for me. it wasn't great, not all of the stories moved me or even makes sense. some of it was cool, others just meh. I don't know. maybe i wasn't an artistic enough or didn't really into it? I do love literature, but this urban-literature didn't really gets me. forgive me for not being urban enough. this is just my opinion for it.

  • Encik Psychopath

    Saling tak tumpah seperti minum kopi. Sedap dan ketagih. Ada rasa pahit di penghujung hirupan. Biasalah, nama pun kumpulan cerpen, mana boleh kita expect semua sama level memandangkan yang menulis pun ada 19 orang.

    Keseluruhan menghiburkan dan sesetengah cerpen yang rasa payau kita anggap sahaja serpihan biji kopi yang terlepas dari penapis.

  • Sharah

    Saya penggemar kopi. Dan buku ni addictive like the drink itself. Nice. Walaupun ada sesetengah cerita tak dapat dicerna otak, kerana ia luar batasan logik manusia, tapi still nice.

    p.s. kenapa banyak sangat cerita the-Cullen-wannabe ni? Is it a trend? Dang.

  • Päk  Läng

    Pahit, manis, kelat, payau, hitam, putih, pekat, likat, cair, ceroi...yang pastinya kopi yang paling sedap adalah kopi yang dihidangkan panas. Dan 'kopi' yang satu ni suam, tapi aroma kafein-nya masih tetap memikat hati...sedap. Oh ya, ada sesiapa pernah cuba Kopi Panggung?

  • SinudaMN

    Enjoyed reading this. Some stories brought me *close* to tears (yeah, i'm emotional like that) and some just made me go eww.

  • Saadah

    Aromanya segar. Hitamnya pekat. Tulisannya menyengat..

    Baca selanjutnya di
    http://saadahkhair.blogspot.com/2012/...

  • Hana Jimi

    tak sangka banyak kisah tercatit balik kopi.hanya minuman y ku pandang enteng kerana lebih gemarkan teh.seperti mahu menduakan minuman kegemaranku lepas ini. ;)

  • Nadia A Jalal

    macam2 perisa, dari kopi hitam pekat ke capuccino. cerita yg mudah tp tricky.

  • Pa

    Saya beli sebab saya suka antologi.

  • Mastura AR

    Suka gila sebab aku suka kopi.

  • Azril Noor

    19 kopi dibancuh dengan pelbagai rasa. Cecair gelap punya cerita. Ada yang ngam, ada yang terlebih manis, ada yang terlalu cair, dan ada yang perfect. 5 personal favorite aku - Bersaksi Kopi, Kopi Kola, Kopi Percik, Kopi Julia dan Kopi Mimpi.

  • Aliff Awan

    Kumpulan cerpen terbaik daripada FIXI (kalau yang versi cetakan terhad). Variasi dan imaginasinya hampir luas. Gaya penulisannya pun banyak yang menarik.

  • Tania

    apa benda sia